Aziz Jaafar, hero filem Melayu tahun 50-an dan awal 60-an, meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya hari ini.

Allahyarham berusia 69 tahun. Aziz ditemui oleh anaknya, Azlina, terbaring tidak sedarkan diri di bilik tidurnya pada jam 7 pagi.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia Datuk Mustapha Ma'arof, eorang doktor yang dipanggil ke rumah mengesahkan beliau meninggal dunia jam 11 pagi.

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar.