test
'Ein AzmiPublished: Apr 14, 2025 4:27 AM
Kumpulan pelajar Islam memenangi semua kerusi dalam pilihanraya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang diadakan semalam.
Kumpulan 'Islam Penyelamat Ummah' (IPU) mengalahkan 'Tindakan Siswa Bersatu' (TSB) dengan menguasai 42 kerusi peringkat fakulti dan 9 kerusi umum.
Tahun lalu TSB - sering dikaitkan dengan kecenderungan politik Umno menguasai dua kerusi di fakulti undang-undang.
Kemenangan ini, lima tahun berturut-turut sejak 1996, akan membolehkan mereka memimpin persatuan mahasiswa universiti itu, PMUKM.
IPU kali ini disokong oleh beberapa kumpulan pelajar Islam dengan kerjasama pelajar Cina yang dikenali Jawatankuasa Cina Masyarakat Pelajar (CCC) dan pelajar India, Persatuan Agama Hindu.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Datuk Dr Mohd Salleh Mohd Yassin jam 1:30 pagi tadi.
Pelajar yang keluar mengundi kali ini meningkat kepada 58 peratus berbanding 47 peratus tahun lepas.
Bekas Presiden PMUKM Iqbal Jusoh memberitahu malaysiakini, walaupun dua gabungan itu tidak berdaftar dengan HEP, pentadbiran universiti itu tidak pernah menghalang aktiviti IPU dan TSB.
"Kami tidak dibenarkan menubuhkan persatuan politik seperti di UPM (Universiti Putra Malaysia), tetapi pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan," jelasnya.
Bekas Timbalan Presiden persatuan itu, Musa Muhamad Ali, pula menggesa pelajar yang bertanding perlu bersikap profesional pada masa akan datang dan mendakwa kumpulan tertentu menggunakan "bantuan pihak luar" untuk mencapai kemenangan.
Beliau juga menyeru kepada pihak yang bertanding agar tidak mengedarkan risalah-risalah berbentuk fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan lawan.

View Comments0