UTM terima semula pelajar ISA 7'
Beh Lih YiPublished: Jun 17, 2005 6:34 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima semula Zulkefle Idris, salah seorang daripada tujuh pelajar universiti yang digantung pengajian mereka selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram empat tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah telah membebaskan kumpulan pelajar tersebut yang lebih dikenali sebagai ISA 7, daripada tuduhan tersebut April lalu.
Zulkefle, 25, berkata beliau dimaklumkan oleh mengenai keputusan itu melalui sepucuk surat yang diterimanya daripada pihak universiti tersebut yang mempunyai kampus induknya di Johor.
Surat itu menyebut bahawa permohonannya supaya dibenarkan menyambung pengajiannya, telah diterima dan dia boleh meneruskan pengajikannya apabila semester baru bermula bulan depan.
"Pihak universiti juga telah menerima permohonan saya untuk diambil semula sebagai pelajar pengajian luar kampus," kata Zulkefle, yang kini bekerja sebagai juruprogram komputer.
Beliau adalah pelajar tahun ketiga Diploma Sains Komputer dan hanya enam bulan lagi untuk menamatkan pengajiannya apabila ditahan berhubung kes tersebut.
"Akhirnya saya merasa lega kerana sepanjang tempoh empat tahun lalu, saya hampir berputus asa (untuk diterima semula) dan pernah menimbang memohon memasuki universiti swasta," katanya.
Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menolak permohonan seorang lagi pelajar ISA 7, Helman Sanuddin, untuk melanjutkan pengajiannya atas alasan tempoh pengajiannya
selepas terlepas.
Zulkefle berkata UTM juga menyebut bahawa seseorang pelajar itu hanya boleh menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tertentu, tetapi syarat-syarat tersebut tidak berkaitan dengan kesnya.
"Tidak logik dikenakan syarat tersebut kerana kami telah digantung kerana perbicaraan di mahkamah dan bukannya pilihan kami sendiri. Saya berharap enam lagi pelajar ISA 7 akan dibenarkan menerus pengajian di universiti masing-masing," tambahnya.
Kemuka rayuan
Sementara itu, Helman melalui peguamnnya hari ini menfailkan dua rayuan kepada UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi, berhubung penolakan permohonannya itu.
Dalam rayuannya kepada Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Ibrahim Abu Shah, Helman mempersoalkan tindakan universiti itu menggunakan peraturan akademik UiTM sebagai alasan untuk menolak permohonannya.
Hujahnya, surat penggantungan pengajian yang dihantar kepadanya pada tahun 2001 hanya menyebut bahawa ia akan berakhir selepas selepas kes mahkamah.
"Penggantungan itu tidak boleh disamakan dengan perberhentian pengajian dan merujuk kepada surat penggantungan itu, di segi logiknya, penggantungan itu secara automatik terbatal (selepas selesai kes mahkamah)," kata Helman dalam rayuannya itu.
Menurutnya lagi, peraturan akademik itu hanya dikuatkuasakan pada tahun 2003 dan oleh itu, penguatkuasaannya tidak boleh dibawa kebelakang untuk meliputi dua tahun tempoh penggantungannya.
Katanya, beliau akan menimbang untuk mencabar keputusan universiti itu di mahkamah jika rayuannya tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh lima hari.
Helman adalah pelajar tahun tiga jurusan teknologi maklumat dan hanya setahun lagi untuk menamatkan pengajiannya apabila dia ditahan berhubung kes tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah telah membebaskan kumpulan pelajar tersebut yang lebih dikenali sebagai ISA 7, daripada tuduhan tersebut April lalu.
Zulkefle, 25, berkata beliau dimaklumkan oleh mengenai keputusan itu melalui sepucuk surat yang diterimanya daripada pihak universiti tersebut yang mempunyai kampus induknya di Johor.
Surat itu menyebut bahawa permohonannya supaya dibenarkan menyambung pengajiannya, telah diterima dan dia boleh meneruskan pengajikannya apabila semester baru bermula bulan depan.
"Pihak universiti juga telah menerima permohonan saya untuk diambil semula sebagai pelajar pengajian luar kampus," kata Zulkefle, yang kini bekerja sebagai juruprogram komputer.
Beliau adalah pelajar tahun ketiga Diploma Sains Komputer dan hanya enam bulan lagi untuk menamatkan pengajiannya apabila ditahan berhubung kes tersebut.
"Akhirnya saya merasa lega kerana sepanjang tempoh empat tahun lalu, saya hampir berputus asa (untuk diterima semula) dan pernah menimbang memohon memasuki universiti swasta," katanya.
Sebelum ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menolak permohonan seorang lagi pelajar ISA 7, Helman Sanuddin, untuk melanjutkan pengajiannya atas alasan tempoh pengajiannya
selepas terlepas. Zulkefle berkata UTM juga menyebut bahawa seseorang pelajar itu hanya boleh menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tertentu, tetapi syarat-syarat tersebut tidak berkaitan dengan kesnya.

View Comments0