'Perang proksi dalam pemilihan PBB Batu Kawa
Tony ThienPublished: Jun 14, 2005 5:52 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Pemilihan ketua bahagian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu's (PBB) Batu Kawa pada 25 Jun ini dijangka menyaksikan 'perang proksi' di antara kumpulan yang menyokong Timbalan Presiden, Datuk Ahmad Johari Tun Openg dan Naib Presiden Datuk Adenan Satem.

Penyandangnya, Mohd Hashim Yap, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan dan ahli dilantik Majlis Tertinggi PBB, memberitahu malaysiakini hari ini, bahawa beliau akan mempertahankan jawatan tersebut.
Beliau yang merupakan penyokong Adenan, dijangka dicabar oleh bekas Ketua Pemuda PBB bahagian tersebut, Shaperi Tambi, dari kumpulan Abang Johari.
Manakala penyandang jawatan timbalan ketua, Latip Seman pula, akan ditentang oleh Narawi Salleh seorang lagi calon kumpulan Abang Johari.
Menurut Mohd Hashim, mesyuarat bahagian Batu Kawa yang mempunyai 10 cawangan, akan akan diadakan Kuching dan bakal dirasmikan oleh Adenan
Menurutnya, kira-kira 20 perwakilan PBB telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian tersebut.
Pergerakan pemuda
Selain 'perang proksi' tersebut, pemilihan bahagian berkenaan menjadi tumpuan, terutama selepas Shamsuddin Unai menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua pemuda bahagian hujung minggu lalu.
Shamsuddin sebelum ini merupakan timbalan ketua pemuda. Jawatan tersebut kini disandang oleh Abdul Rahman Suhaili yang juga dipilih tanpa bertanding.
Seorang pemimpin bahagian PBB memberitahu malaysiakini bahawa keputusan pemilihan pemuda Batu Kawa itu, telah meningkatkan lagi keyakinan regu Shaperi-Narawi bagi merebut dua jawatan tertinggi bahagian itu.
Para pemerhati meletakkan peluang 50:50 bagi kedua-dua pihak dan seorang daripada mereka berpendapat peluang bagi kumpulan Abang Johari lebih cerah jika Ahmad Shafiee Yaman yang dicalonkan bertanding mencabar Mohd Hashim.
Ahmad Shafiee yang merupakan bekas pengarah RTM Sarawak dan bekas setiausaha agung pertubuhan beliau negeri, Saberkas, telah menarik diri tanpa sebarang alasan.
"Bagaimanapun, Ahmad Shaifee sendiri adalah penyokong Abang Johari dan beliau pasti memberi sokongannya kepada pencabar Mohd Hashim," kata seorang lagi pemerhati.
Penyandang tidak gentar
Manakala Mohd Hashim, seorang peniaga beras yang berjaya, nampaknya tidak gentar menghadapi cabaran itu dan yakin mampu mempertahankan jawatan tersebut.

Bagaimanapun, jika beliau tewas, ia memberi isyarat bahawa sokongan untuk Adenan (kanan), yang mungkin mencabar Abang Johari (kiri) bagi jawatan timbalan presiden PBB, tidak sekuat yang dijangkakan.
Sementara itu, Ahad lalu, bahagian PBB Padungan telah meluluskan resolusi, sepertimana yang diputuskan oleh bahagian Tarat, yang menuntut hanya jawatan presiden sahaja yang tidak dipertandingkan.
Bahagian Padungan diketuai oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Rohani Karim
Mohd Hashim berkata, bahagian Batu Kawa juga akan meluluskan resolusi yang sama.
Dalam perkembangan lain, PBB mungkin mengarahkan pemilihan jawatan ketua pemuda bahagian Demak Laut diadakan semula, selepas penyandangnya Jolly Merikan, yang merupakan ahli Majlis Perbandaran Bandaraya Kuching Selatan, tewas dalam pertandingan tiga penjuru.
Beliau tewas kepada Wan Hamzah Paiee dari kumpulan Adenan.
Ketika dihubungi hari ini, Jolly berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu. Beliau telah membuat aduan rasmi dengan mendakwa perwakilan daripada dua cawangan yang tidak didaftarkan, turut mengundi dalam pemilihan tersebut.
Jolly membuat aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PBB, Ambrose Blikau, yang kemudiannya merujukkan perkara itu kepada Ketua Pemuda PBB negeri, Douglas Uggah.
"Keputusan sama ada mengarahkan pemilihan tersebut diadakan semula, bergantung kepada Exco Pemuda PBB selepas merujuk kepada pucuk pimpinan parti," kata seorang pemimpin parti tersebut.
TONY THIEN adalah wartawan sambilan malaysiakini di Sarawak.

Penyandangnya, Mohd Hashim Yap, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan dan ahli dilantik Majlis Tertinggi PBB, memberitahu malaysiakini hari ini, bahawa beliau akan mempertahankan jawatan tersebut.
Beliau yang merupakan penyokong Adenan, dijangka dicabar oleh bekas Ketua Pemuda PBB bahagian tersebut, Shaperi Tambi, dari kumpulan Abang Johari.
Manakala penyandang jawatan timbalan ketua, Latip Seman pula, akan ditentang oleh Narawi Salleh seorang lagi calon kumpulan Abang Johari.
Menurut Mohd Hashim, mesyuarat bahagian Batu Kawa yang mempunyai 10 cawangan, akan akan diadakan Kuching dan bakal dirasmikan oleh Adenan
Menurutnya, kira-kira 20 perwakilan PBB telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian tersebut.
Pergerakan pemuda
Selain 'perang proksi' tersebut, pemilihan bahagian berkenaan menjadi tumpuan, terutama selepas Shamsuddin Unai menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua pemuda bahagian hujung minggu lalu.
Shamsuddin sebelum ini merupakan timbalan ketua pemuda. Jawatan tersebut kini disandang oleh Abdul Rahman Suhaili yang juga dipilih tanpa bertanding.
Seorang pemimpin bahagian PBB memberitahu malaysiakini bahawa keputusan pemilihan pemuda Batu Kawa itu, telah meningkatkan lagi keyakinan regu Shaperi-Narawi bagi merebut dua jawatan tertinggi bahagian itu.
Para pemerhati meletakkan peluang 50:50 bagi kedua-dua pihak dan seorang daripada mereka berpendapat peluang bagi kumpulan Abang Johari lebih cerah jika Ahmad Shafiee Yaman yang dicalonkan bertanding mencabar Mohd Hashim.
Ahmad Shafiee yang merupakan bekas pengarah RTM Sarawak dan bekas setiausaha agung pertubuhan beliau negeri, Saberkas, telah menarik diri tanpa sebarang alasan.
"Bagaimanapun, Ahmad Shaifee sendiri adalah penyokong Abang Johari dan beliau pasti memberi sokongannya kepada pencabar Mohd Hashim," kata seorang lagi pemerhati.
Penyandang tidak gentar
Manakala Mohd Hashim, seorang peniaga beras yang berjaya, nampaknya tidak gentar menghadapi cabaran itu dan yakin mampu mempertahankan jawatan tersebut.

Bagaimanapun, jika beliau tewas, ia memberi isyarat bahawa sokongan untuk Adenan (kanan), yang mungkin mencabar Abang Johari (kiri) bagi jawatan timbalan presiden PBB, tidak sekuat yang dijangkakan. Sementara itu, Ahad lalu, bahagian PBB Padungan telah meluluskan resolusi, sepertimana yang diputuskan oleh bahagian Tarat, yang menuntut hanya jawatan presiden sahaja yang tidak dipertandingkan.

View Comments0