Bekas juara dunia golf bunuh diri
Drama tegang dan mencemaskan membabitkan bekas juara golf dunia dan isterinya berakhir dengan kematian di Cape Town, Afrika Selatan semalam.
Media melaporkan sebelum itu Wayne Westner menjadikan isterinya, Alison Jean Westner, sebagai tebusan di rumah mereka.
Portal berita South Coast Herald melaporkan pegawai polis tempatan mengesahkan Westner ditemui mati akibat tembakan pada kanan kepalanya.
Mayat Westner ditemui kira-kira jam 8 pagi.
Setakat ini belum diketahui mengapa Westner bertindak demikian.
Pemain golf berusia 55 tahun pernah memenangi kejohanan Terbuka Afrika Selatan sebanyak dua kali iaitu pada 1988 dan 1991.
Kemuncak kerjayanya ialah pada 1996 apabila menjulang kejuaraan dunia, selain muncul pemenang dalam 14 pertandingan profesional.
Westner juga pernah muncul juara pada dua kejohanan Jelajah Eropah.
Bagaimanapun kerjayanya menjunam ekoran kecederaan dialami pada 1998, malah pada suatu ketika Westner berada di kedudukan ke-40 pada ranking dunia.

