UM terima perletakan jawatan Gomez
Nurul NazirinPublished: Jun 1, 2005 9:45 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Universiti Malaya (UM) telah menerima perletakan jawatan pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran universiti tersebut, Prof Madya Dr Edmund Terence Gomez.

Gomez menerima surat yang ditandatangani Ketua Sumber Manusia UM, Mahamad Apandi Khalid yang menyatakan persetujuan universiti berkenaan menerima perletakan jawatannya berkuatkuasa 8 Ogos 2005.
Surat bertarikh 26 Mei itu, juga turut merakamkan penghargaan pihak universiti terhadap sumbangannya. Gomez bertugas hampir satu dekad di universiti tersebut.
"Saya amat kecewa dengan pihak pengurusan yang tidak memanggil saya untuk membincangkan perkara tersebut, walaupun terdapat bantahan awam berhubun keputusan pihak universiti menolak permohonan saya mendapatkan pelepasan untuk bertugas di Institut Penyelidikan Pembangunan Sosoal Bangsa-bangsa Bersatu (UNRISD)," katanya ketika dihubungi.
Gomez telah memohon untuk mendapatkan pelepasan untuk bertugas selama dua tahun dengan UNRISD yang beribupejabata di Geneve untuk menjalankan penyelidikan perintis mengenai konflik kaum global.
Bagaimanapun, permohonannya itu telah ditolak oleh UM menyebabkan terpaksa menghantar surat perletakan jawatan pada 8 Mei lalu. Beliau akan berlepas ke Geneva pada 14 Jun ini.
Permohonan isterinya, Dr Sharmani Patricia Gabriel, yang bertugas sebagai pensyarah bahasa Inggeris di UM, untuk mendapatkan cuti tanpa gaji, juga ditolak.
Sharmani membuat permohonan tersebut untuk membolehkan beliau dan anak-anaknya bersama Gomez di Geneva. Bagaimanapun, pemohonannya yang dihantar melalui e-mel pada 20 Mei lalu,tidak dianggap sebagai permohonan rasmi oleh pihak pengurusan UM.
Usaha untuk menghubungi Naib Canselor UM, Datuk Prof Dr Hashim Yaacob tengah hari ini, juga tidak berjaya.

View Comments0