Syarikat Haji Samuri mengaku salah buang sisa perindustrian
Published: May 9, 2005 6:19 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Haji Samuri & Anak-anak Enterprise Sdn Bhd yang popular dengan perniagaan sate di Kajang, Selangor, hari ini disaman oleh Jabatan Alam Sekitar di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan melepaskan cairan buangan perindustrian yang mengandungi bahan kimia.

Menurut laporan Bernama, syarikat berkenaan yang diwakili Pengarah Operasi dan Pengeluaran Sofian Samuri, 32, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, syarikat itu melepaskan efluen (sisa buangan cair) yang mengandungi oksigen biokimia, sebanyak 9,600 miligram, melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 20 miligram dan oksigen kimia sebanyak 14,000 miligram, melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 50 miligram.
Sisa buangan lain turut dilepaskan iaitu pepejal terampai sebanyak 2,100 miligram, yang mana ia melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 50 miligram dan minyak dan gris sebanyak 260 miligram, melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu tidak boleh dikesan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lot 3764, Jalan Saujana, Sungai Ramal Dalam, Kajang, di sini pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, 17 Jun 2004.
Bagi kesalahan itu, syarikat terbabit didakwa mengikut Seksyen 25(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(3) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hakim Noradidah Ahmad menetapkan 27 Mei untuk jatuh hukum.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nur Huda Talam manakala Sofian diwakili peguam Zairus Effendi Suhaimi.

View Comments0