'Ya, sayalah Malaysian Official 1'
Rakyat Malaysia sekalian,
Mutakhir ini banyak cakap-cakap berkaitan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan kesannya pada Malaysia.
Terdapat banyak spekulasi berkaitan pihak-pihak terlibat dan dinamakan dalam sama itu. Saya rasa kini tiba masanya untuk saya bersuara.
Malaysian Official 1 yang dinamakan dalam saman sivil itu bukan perdana menteri Malaysia. Ia saya. Siapa saya? Itu tidak penting. Pokoknya ia bukan perdana menteri Malaysia.
Harus disedari terdapat cubaan menggulingkan kerajaan Malaysia oleh sesetengah pihak. Terdapat pihak melaporkan transaksi pengubahan wang haram yang berlaku di Amerika Syarikat kepada pihak berkuasa negara itu.
Mereka mesti dihentikan. Mereka mengganggu demokrasi berparlimen di Malaysia.
Peguam negara sekarang sudah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.
Ini bermakna perdana menteri tidak tahu menahu bagaimana berbilion ringgit wang pembayar cukai menjelajah separuh dunia dan kemudian berakhir dalam akaun bank peribadinya.
Perdana menteri sudah berkata semua nama dalam saman sivil itu harus bertanggungjawab membersihkan namanya.
Beliau tidak pernah menyebut akan memikul tanggungjawab membersihkan namanya. Jadi bermakna beliau tidak terlibat dalam sebarang dakwaan dalam saman sivil itu.
Ini juga bermaksud beliau bukan Malaysian Official 1.
Peguam negara berkata AS$681 yang yang masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri untuk beliau.
Beliau berkata demikian kerana Jabatan Kehakiman AS sebenarnya merujuk kepada transaksi AS$681 yang berbeza sama sekali, yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
Jumlah yang sama ini semata-mata kebetulan, itu saja.
Rakan-rakan rakyat Malaysia sekalian,
Ketika berdepan ujian itu, mungkin lebih bijak untuk kita tidak mendengar berita atau membaca bahan yang mencadangkan Malaysian Official 1 ialah perdana menteri.
Ia mungkin kedengaran seperti beliau, nampak seperti beliau, tetapi ia bukan beliau.
Saya harap pihak polis akan menyiasat laporan Pemuda Umno terhadap pengerusi SPRM, bekas peguam negara dan bekas gabenor Bank Negara, yang semuanya dilantik oleh perdana menteri, atas dakwaan cuba menggulingkan beliau.
Nampaknya seperti semua orang menyasarkan perdana menteri yang tidak bersalah.
Akhir sekali, biar saya tegaskan, sayalah Malaysian Official .
Tidak, tidak pernah ada wang curi masuk ke dalam akaun saya, tetapi beliau tetap bukan Malaysian Official 1.
Tidak, saya tiada kuasa besar dalam 1MDB seperti perdana menteri, tetapi beliau masih bukan Malaysian Official 1.
Tidak, saya tiada kaitan dengan Riza Aziz seperti perdana menteri, tetapi beliau bukan Malaysian Official 1.
Jadi, individu yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Kehakiman AS itu bukan perdana menteri Malaysia, tetapi saya.
Yang benar,
Malaysian Official 1
PUTHAN PERUMAL seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.
[Baca surat asal]

