Kumpulan pengganas, Negara Islam (IS) hari ini mengaku bertanggungjawab ke atas serangan maut di bandar Riviera Nice pada hari Khamis lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 84 orang.

"Individu yang menjalankan operasi di Nice, Perancis untuk melemahkan masyarakat di situ adalah salah seorang tentera Negara Islam," ujar agensi berita Amaq menerusi akaun Telegram.

Agensi berita Amaq menyokong Negara Islam.

"Beliau menjalankan operasi tersebut sebagai tindak balas kepada seruan bagi menyasarkan warganegara yang merupakan sebahagian daripada gabungan penentang Negara Islam," kata kenyataan itu.

- Reuters

[Baca berita asal]