Gegaran susulan dikesan di Sumatera
Published: Mar 29, 2005 5:39 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Satu gegaran susulan berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Pulau Sumatera pada jam 2.16 petang tadi.

Bernama memetik kenyataan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca, sebagai berkata gempa bumi yang berlaku pada lokasi 2.1U dan 99.2T itu tidak mungkin menyebabkan ombak besar tsunami.
Pantai barat Sumatera dilanda gempa bumi berukuran 8.5 pada skala Richter sejurus selepas tengah malam tadi.
Gegarannya dirasai sehingga ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penduduk di pinggir pantai di Perlis tidak perlu berpindah tetapi mereka perlu mematuhi arahan yang mungkin dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kemungkinan berlaku ombak besar.
Langkah berjaga-jaga
"Oleh kerana kejadian itu berlaku di bahagian selatan Aceh, ia sudah pasti tidak begitu menjejaskan perairan negara ini," Shahidan kepada Bernama.
Mengenai tindakan segelintir penduduk Kuala Sanglang dan Kuala Sungai Baru berpindah awal pagi ini, Shahidan berkata, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga.
Katanya, beliau telah meninjau sekitar pantai negeri ini awal pagi ini dan mendapati keadaan adalah terkawal tetapi menasihati nelayan pantai supaya tidak berada terlalu jauh dari pantai.
Mengenai nasib 40 sukarelawan Aman Malaysia Perlis Islah International yang kini berada di Aceh, beliau berkata mereka semuanya selamat.
Para sukarelawan itu berlepas ke Aceh pada Ahad bagi membawa 20 tan makanan termasuk susu tepung dan beras.

View Comments0