Charlize Theron bintangi Fast and Furious 8
Bintang filem Mad Max: Fury Road, Charlize Theron diumum akan menyertai barisan pelakon Fast and Furious terbaru.
Perkara itu diumum Universal Pictures melalui media sosial hari ini.
Melalui Fast and Furious terbaru itu Charlize bakal menunjukkan kemahirannya mengendalikan kereta - kali kedua dilakukannya selepas The Italian Job pada 2003.
Melalui Fast and Furious 8 nanti dia akan memeriahkan filem berkenaan bersama Vin Diesel, Dwayne Johnson dan Michelle Rodriguez.
Fast and Furious 8 dijangka akan mula ditayangkan pada 14 April 2017. Ia diarahkan F Gary Gray.
Menurut pengumuman itu Charlize dibayangkan akan menjadi seteru paling hebat kepada watak utama filem berkenaan. Bagaimanapun tiada pengumuman rasmi mengenai butiran filem itu dikeluarkan.
Tujuh filem Fast and Furious terdahulu membuat kutipan kasar kira-kira AS$5.2 bilion (RM20.4 bilion) di seluruh dunia sejak 2001.
Sumber memberitahu skrip filem berkenaan sedang disiapkan oleh Chris Morgan dan Charlize enggan memberi sebarang komitmen sehingga ia sempurna.
Jika Charlize berpuas hati dengan skrip Morgan, dia masih perlu membuat keputusan kerana masih terikat dengan kontrak filem aksi daripada Sony, The Grey Man.

