Kenyataan palsu: Abdul Kudus diperintah bela diri
Diterbitkan: Jan 31, 2005 8:36 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad hari ini diperintahkan supaya membela diri atas tuduhan membuat kenyataan palsu dalam surat akuan bersumpah pada tahun 2001.

Hakim Mahkamah Majistret Ampang, Juanita Mohd Salleh membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwaraya daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Saiful Hazmi Mohd Saad berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Sehubungan itu, Juanita memerintahkan supaya Abdul Kudus, 41, memberi keterangan pembelaannya pada 13 April ini.
Abdul Kudus didakwa membuat kenyataan palsu dalam surat akuan bersumpah di pejabat Yang Dipertua MPAJ pada 26 Sept 2001 yang berbunyi:
"Pada tarikh sekarang ini, saya bebas daripada kesusahan kerana hutang dan tiada apa-apa jua tanggungan atas apa-apa Surat Gadai Janji Hutang sama ada sebagai peminjam atau penjamin."
Tuduhan itu mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.
Surat akuan sumpah
Terdahulu, Juanita berkata beliau membuat keputusan itu setelah mengambilkira keterangan daripada lima saksi pendakwaan dan hujah oleh kedua-dua pihak pendakwaan serta pembelaan.
Katanya, saksi ketiga iaitu Talib Atan, seorang Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan Abdul Kudus membuat surat akuan bersumpah dan ianya disokong oleh saksi pertama Norlaila Kamsi, Ketua Bahagian Personel dan Urusetia di MPAJ, yang ada menerima surat akuan bersumpah bertarikh 26 September 2001.
"Perakuan ini penting sebagai syarat tawaran bagi pegawai MPAJ dan pada masa itu tertuduh masih seorang bankrap akibat bebanan hutang. Satu surat kebangkrapan telah diberi kepada tertuduh sebelum itu dan dia mengetahuinya," katanya.
Juanita berkata, walaupun mengetahui dia bankrap, Abdul Kudus masih juga menghadiri temuduga pada 29 Oktober 2001 dan telah menandatangani surat akuan bersumpah.
Katanya, walaupun pengadu iaitu seorang pegawai daripada BPR tidak dipanggil untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan, namun ia tidak mencacatkan kes pendakwaan atau menyebabkan rangkaian kes pendakwaan terputus.
Peguam M Manoharan yang mewakili Abdul Kudus memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memilih untuk memberi keterangan dari kandang saksi dan beliau juga akan memanggil beberapa orang saksi lain.
Hakim Mahkamah Majistret Ampang, Juanita Mohd Salleh membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwaraya daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Saiful Hazmi Mohd Saad berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Sehubungan itu, Juanita memerintahkan supaya Abdul Kudus, 41, memberi keterangan pembelaannya pada 13 April ini.
Abdul Kudus didakwa membuat kenyataan palsu dalam surat akuan bersumpah di pejabat Yang Dipertua MPAJ pada 26 Sept 2001 yang berbunyi: "Pada tarikh sekarang ini, saya bebas daripada kesusahan kerana hutang dan tiada apa-apa jua tanggungan atas apa-apa Surat Gadai Janji Hutang sama ada sebagai peminjam atau penjamin."