Fathul Bari: Haram jual beli kucing
Diterbitkan: Feb 26, 2016 9:50 AM | Dikemas kini: Feb 26, 2016 10:24 AM
Ramai masyarakat Islam tidak tahu bahawa hukum jual beli kucing adalah haram, kata exco agama Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya.
Menerusi rakaman video programnya, Fathul berkata, larangan itu berdasarkan hadis nabi, lapor Sinar Online .
"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," beliau dipetik sebagai berkata.
Katanya, orang Islam bagaimanapun dibolehkan membela haiwan tersebut.
"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan, ambillah," katanya.

