Motor hilang kawalan, warga Belanda maut
BernamaDiterbitkan: Jan 29, 2016 8:33 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2016 8:34 AM
Seorang lelaki warga Belanda maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Jalan Duta, di Kuala Lumpur, awal hari ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S Markandan berkata dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, Frederick Willem Buijze, 27, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan," katanya ketika dihubungi.
Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
- Bernama

