SPR harap bajet p'raya Sarawak tak dipotong
Shakira BuangDiterbitkan: Jan 28, 2016 4:40 AM | Dikemas kini: Jan 28, 2016 4:43 AM
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap perbelanjaan untuk pilihan raya negeri Sarawak tahun ini tidak akan dikurangkan dalam pengubahsuaian bajet negara tahun itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata sesebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak bersaiz besar.
"Sebelum ini bajet untuk PRN Sarawak ke 11 dianggarkan sebanyak RM181 juta.
"Sejajar dengan pengubahsuaian bajet 2016 yang akan diumumkan oleh kerajaan, bajet untuk PRN (pilihan raya negeri) Sarawak berkemungkinan akan dikurangkan.
"Bajet untuk PRN Sarawak perlu dirunding kembali kerana kita menjangkakan 10 hingga 15 peratus pengurangan," kata Mohd Hashim dalam sidang media pertamanya selaku pengerusi SPR yang baru.

