Akhbar Nanyang Siang Pau menyiarkan di muka depan berita mengenai pengumuman 'Panduan Reformasi Pelajaran Sekolah Menengah Cina Independen' yang mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan.

Menurut panduan tersebut, Sekolah Menengah Cina Independen harus mengkaji semula objektif dan kesan pelajaran serta menjadikan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran kedua.

Walaupun pelajaran Sekolah Menengah Cina Independen telah sekian lama diajar dalam tiga bahasa, tetapi peningkatan penguasaan bahasa kedua, lawatan ke sekolah kebangsaan serta penyertaan dalam aktiviti budaya kaum lain menerusi aktiviti ko-kurikulum, akan menyediakan suasana sekolah untuk pelajar menggunakan bahasa kedua.

Pengerusi Dong Zong selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Cina Independen, Quek Suan Hiang mengumumkan isi panduan tersebut dalam sidang akhbar di pusat pendidikan Dong Jiao Zong semalam.

Panduan tersebut yang disediakan oleh Kumpulan Kecil Reformasi Pelajaran itu, akan dijadikan dokumen panduan oleh Sekolah Menengah Cina Independen, Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Cina Independen, dan Kesatuan Lembaga Pengarah Sekolah untuk pembangunan pada masa 10 hingga 20 tahun yang depan.

Quek berkata, Buku Cadangan Sekolah Menengah Cina yang diumumkan pada tahun 1973 telah membawa Sekolah Menengah Cina melalui 30 lebih tahun dan mencungkil bakat untuk negara.

Semangat demokrasi

Sekolah Menengah Cina, katanya, harus menerima reformasi pelajaran untuk memenuhi permintaan zaman baru.

Panduan tersebut menyatakan bahawa objektif pelajaran Sekolah Menengah Cina patut ditetapkan berdasarkan pembangunan keseluruhan pelajar, meneruskan budaya kaum untuk mempelbagaikan budaya dunia, membekalkan pilihan pelajaran untuk menunjukkan semangat demokrasi, dan menetapkan asas pembangunan.

Dalam langkah-langkah pembangunan, walaupun Sekolah Menengah Cina masing-masing berbeza kerana kawasan, langkah, dan faktor lain, tetapi kebanyakannya mengikut teks dan sistem peperiksaan yang sama.

Panduan pelajaran juga menyatakan bahawa Sekolah Menengah Cina harus mementingkan pembangunan kursus bukan akademik dan subjek bukan peperiksaan, seperti kursus vokasional, pendidikan jasmani, pendidikan seni dan muzik.

Pada masa yang sama, Sekolah Menengah Cina juga patut menukarkan cara pengajaran.

Cara pengajaran 'cakap dan dengar' yang sehala perlu diubah dan pelajar harus diberi peluang menyertai, mengkaji, dan mencipta serta menggunakan cara belajar dan sumber dengan sepenuhnya.