Abdul Rashid bohong, kata PAS
Muda Mohd NoorPublished: Dec 9, 2004 8:12 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mempersoalkan mengapa parti itu tidak memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 20 hari selepas keputusan pilihanraya lalu, sebagai bohong.

Naib Presiden PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, PAS memfailkan sebanyak 23 petisyen bagi memohon mahkamah membatalkan kemenangan calon BN kerana didakwa terlibat dengan salahlaku pilihanraya.
"Kita memfailkan petisyen di mahkamah hampir di semua negeri yang mana parti kita (PAS) meletakkan calon sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)
"Malangnya sebahagian besar petisyen tersebut awal-awal lagi ditolak oleh mahkamah sedangkan kita mempunyai cukup bukti untuk menyatakan Barisan Nasional (BN) atau calon BN terlibat dengan salahlaku dalam pilihanraya lalu.
"Daripada jumlah tersebut, cuma beberapa kawasan yang dibawa ke mahkamah seperti Parlimen Pasir Puteh, DUN Gombak Setia dan Kajang. Semua sembilan petisyen di Terengganu ditolak sebelum dibicarakan di mahkamah," katanya kepada malaysiakini hari ini.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan Abdul Rashid dipetik sebagai berkata, di bawah Undang-undang Pilihanraya, mana-mana pihak yang tidak setuju dengan keputusan pilihanraya boleh memfailkan petisyen ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas ia diwartakan.
"Jika PAS ada bukti kenapa tidak kemukakan petisyen? Pilihanraya sudah selesai dan peluang kemukakan petisyen berkaitan salahlaku pilihanraya sudah habis. Kalau ungkit sekarang ia cuma mainan politik. Jika masuk mahkamah pun tidak boleh menang," katanya.
Banyak bukti
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menuduh BN menggunakan wang untuk memenangi pilihanraya umum lalu.
Mustafa yang juga Pengarah Pilihanraya PAS berkata, partinya mempunyai banyak bukti yang boleh mendakwa bahawa kemenangan BN dalam pilihanraya umum lalu sebagai tidak sah.
"Faktor paling asas ialah penggunaan wang ringgit secara berleluasa di kebanyakan tempat di seluruh negara," katanya lagi.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula berkata, beliau sedia memberikan lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahawa Umno melakukan salahlaku dalam pilihanraya umum lalu.
Manurutnya, jika SPR mahu bukti, Pemuda PAS akan memberikan mereka bukti-bukti tersebut pada bila-bila masa.
"Kita tahu selama ini SPR membela Umno secara berlebihan, maka kenyataan Abdul Rashid itu yang menyalahkan PAS tidak mengemukakan petisyen ke Mahkamah Tinggi adalah sesuatu yang tidak mengejutkan," ujarnya lagi.
Kata Salahuddin, PAS telah membelanjakan RM230,000 untuk memfailkan 23 petisyen di Mahkamah Tinggi bagi meminta mahkamah membatalkan kemenangan calon BN dalam pilihanraya umum lalu.
Katanya, antara bukti yang menunjukkan pilihanraya umum lalu tidak sah ialah nama pengundi dalam daftar pemilih yang berbeza, orang sama mengundi dua kali dan warga asing mengundi menggunakan kad pengenalan palsu.'

View Comments0