Juara Heavyweight Dunia WWE Seth Rollins mengalami kecederaan serius ketika menentang Demon Kane di WWE berlangsung di Dublin, Ireland, kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, Kane dan Rollins berada bersama di tali atas.

Rollins yang cuba untuk melakukan aksi "sunset flip powerbomb" sepatutnya bertindak sempurna untuk menumpaskan lawan, namun dia mendarat secara canggung dengan kaki kanannya.

Menurut PWInsider, Rollins dijangka terlepas seluruh acara dalam siri jelalah Eropah WWE kali ini.

Seperti kecederaan yang dialaminya sebelum ini, Rollins terpaksa berehat antara enam hingga sembilan bulan.

Berikutan berita Seth Rollins, WWE akan memanggil beberapa "nama-nama besar" bagi menggantikannya bagi menjamin siri jelajah itu tetap meriah dan menarik ramai penonton.

Difahamkan terdapat 20 rancangan untuk siri jelajah kali ini yang baru bermula semalam.

Nama Roman Reigns adalah antara pilihan utama untuk mengantikan Rollins.

Dengan ketiadaan Rollins, John Cena dan Randy Orton, WWE melihat Reigns sebagai penganti terbaik sebagai calon Juara Heavyweight Dunia baru.

Nama lain yang turut dikaitkan dalam persaingan kali ini ialah Dean Ambrose, Kevin Owens , Sheamus dan Brock Lesnar.

Lesnar tidak dijadualkan untuk kembali beraksi dalam masa terdekat tetapi WWE mungkin cuba mendapatkannya kembali secepat mungkin.

Laporan lain turut mengaitkan kemunculan semula Sting yang kini dalam fasa pemulihan ekoran kecederaan yang dialami ketika menentang Roliins dan akan dibawa masuk terus untuk jelakah ini - Survivor Series.

Ahli-ahli komuniti WWE turut mengulas berit keceraan Rollins melalui Twitter.