Perkembangan mengenai juara juara heavyweight dunia WWE, Seth Rollins menjadi antara topik paling menarik minat pengikut dunia gusti sejak kebelakangan ini.

Terbaru, Rollins memecah rekod sebagai pemegang kejuaraan Money in the Bank paling lama dalam sejarah WWE.

Dilaporkan kini masuk hari ke-184, Rollins memegang rekod tersebut sejak mengalahkan Brock Lesnar dan Roman Reigns di Wrestlemania 31 lalu.

Sebelum Rollins, rekod itu dipegang oleh The Miz iaitu selama 160.

Money in the Bank adalah pertandingan anjuran WWE yang dapat disaksikan oleh peminat melanggan program berbayar.

Ia diadakan pada 14 Jun lalu di Columbus, Ohio untuk kali pertama sejak 2004.

The Miz, Kane pernah rasa

Melalui pertandingan Money in the Bank , penggusti menggunakan tangga untuk menggapai beg yang digantung di atas gelanggang.

Pemenang akan mendapat jaminan tempat bagi perlawanan World Heavyweight WWE pada tarikh yang boleh ditentukan sendiri dalam tempoh setahun.

Pada November 2010, The Miz dinobatkan juara setelah mengalahkan Randy Orton pada perlawanan tersebut. Namum penguasaan The Miz berakhir dengan kekalahannya kepada John Cena pada Mei 2011.

Kane pula menjadi penggusti ketiga paling lama menguasai takhta itu - 154 hari - hasil kemenangan mengatasi Rey Mysterio pada Julai 2010.

Kane akhirnya gagal mempertahankan kejuaraan apabila tumpas kepada Edge pada perlawanan yang berlangsung pada Disember ahun sama.

Tidak dinafikan Seth Rollins adalah antara ahli gusti terbaik dunia pernah dilahirkan WWE.