Projek insinerator di Puchong dikeluarkan dari KLSP200
Fauwaz Abdul AzizPublished: Nov 5, 2004 8:32 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Penduduk Puchong kini sudah boleh bernafas lega apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan bahawa projek kontroversi pembinaan insinerator telahpun dikeluarkan daripada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (KLSP2020).

Sebelum ini, insinerator tersebut dirancang dibina di Kampung Bohol, Puchong yang terletak di selatan bandaraya. Bagaimanapun, ianya tidak lagi terkandung dalam KLSP2020 yang diserahkan secara rasmi kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad semalam.
Ketua Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hassan Azahari berkata, cadangan pembinaan insinerator berkapasiti 1,500 tan itu telah dikeluarkan daripada KLSP2020 berikutan bantahan yang diterima Jawatankuasa Menentang Pembinaan Insinerator Puchong.
Jawatankuasa tersebut telah melahirkan kebimbangannya seandainya projek tersebut masih dikekalkan dalam KLSP2020, pembinaan insinerator tersebut mungkin diteruskan pada masa depan.
"Urusetia bantahan KLSP meneliti bantahan-bantahan yang diterima daripada orang ramai untuk menentukan kesahihannya, dan bantahan daripada jawatankuasa tersebut adalah antara sebab projek itu dikeluarkan (dari KLSP2020)," kata Hassan ketika dihubungi.
Jaminan MB
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas mengapa projek itu masih dimasukkan dalam draf KPSP2020 sebelum ini, sedangkan Kabinet telah mengumumkan bahawa projek berkenaan telah dipindahkan ke Broga, Semenyih.
Manakala penduduk Broga, yang terletak 40km ke selatan Kuala Lumpur, kini tidak pasti sama ada projek insinerator itu akan diteruskan atau tidak, walaupun Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan tadahan air.
Semalam, Mohd Isa berkata urusetia tersebut menerima lebih 930 bantahan daripada individu, parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai cadangan-cadangan dalam draf KLSP2020.
Dari jumlah itu, katanya, hanya 35 bantahan (tiga peratus) diambilkira oleh DBKL dan memasukkannya dalam versi muktamad KLSP2020, termasuk bantahan yang diterima dari kumpulan pejuang hak wanita dan golongan belia.
Bagaimanapun, katanya, orang ramai masih berpeluang untuk memberi pandangan dalam penyediaan draf Pelan Tempatan di enam zom tempatan sebagai lanjutan kepada KLSP2020.
Draf Pelan Tempatan itu, katanya, akan dikendalikan oleh juruperunding, dan perlu disiapkan dalam tempoh setahun.

View Comments0