Ashaari Muhammad dibebaskan
Diterbitkan: Oct 27, 2004 9:50 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan sepuluh tahun lalu, Ashaari Muhammad, telah dibebaskan setelah tamat menjalani hukuman dibuang daerah.

Hukuman buang daerah ke atas Ashaari, yang suatu ketika dahulu mengetuai pergerakan itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya, tempoh tamat Isnin lalu,
Menurut seorang pegawai Kementerian Keselematan Dalam Negeri, tempoh hukuman tersebut tidak dilanjutkan, maka Ashaari kini dibebaskan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan terus mengawasi pergerakan Ashaari bagi memastikan tidak ada usaha untuk menghidupkan semula pergerakan tersebut.
Akhbar New Straits Time melaporkan, Al-Arqam diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
PM baru
Ashaari pernah mendakwa beliau adalah seorang nabi dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bersara Oktober tahun lalu.
Ashaari dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.
Selepas dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.
Bagaimanpaun, lapor akhbar itu lagi, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapat ada pihak-pihak yang mencuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Mohamad Zain dilaporkan berkata Al-Arqam masih dianggap satu ancaman kerana Ashaari masih mempunyai pengikutnya yang menubuhkan pelbagai kumpulan dengan mengguna nama berlainan.