Apa itu Islam Progresif? (Bhgn 4)
'Radikalisme' yang ada dalam Islamisme Progresif itu bergantung kepada keupayaannya untuk memecah benteng-benteng dan menjambatani jurang-jurang mental yang wujud dalam konteks masyarakat sekitar. Mustahil wujudnya Islamisme progresif yang pasif, yang senang dengan status quo yang sedia ada, atau disenangi oleh golongan elit yang mendokong status quo itu
pula.
Inilah dinamika yang ada dalam norma-norma praxis Islam normatif yang kita telah sebut dalam rencana-rencana sebelum ini. Bermula dari titik tolak konsep Tauhid, iaitu kewujudan Tuhan yang Satu, yang maha Esa dan maha Berkuasa, kita akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa seluruh alam ini merupakan suatu objek yang satu, tidak bisa dibelah-bagi, dan tidak ada kuasa yang bisa mengalahi kuasa Tuhan. (Walaupun ini merupakan suatu suatu konsep yang rumit dan kompleks, dan kadangkala membawa kepada kesalahfahaman dan kekeliruan, seperti dalam kasus doktrin Wahdat-ul Wujud yang dikatakan mempunyai unsur-unsur shirik) (1).
Logiknya begini: Jikalau kita terima hakikatnya bahawa Tuhan itu Satu dan Tuhanlah yang me-reka dan mewujudkan alam dan segala yang ada didalamnya, justeru itu dari sudut pandangan Tuhan yang maha Esa, semua yang terkandung dalam alam ini menpunyai status eksistensial dan ontologikal yang sama.
Perbedaan antara kewujudan dan ketidak-wujudan itu merupakan suatu perbedaan yang mutlak, bukan relatif. Jadi makhluk yang kecil, lemah dan hina seperti semut pun merupakan bukti keagongan dan kekuasaan Tuhan. (Kalau tak percaya, cuba anda wujudkan seekor semut. Sebutir pasir pun tak bisa diwujudkan oleh kita!) (2)
'Radikalisme' yang ada dalam Islamisme Progresif itu bergantung kepada keupayaannya untuk memecah benteng-benteng dan menjambatani jurang-jurang mental yang wujud dalam konteks masyarakat sekitar. Mustahil wujudnya Islamisme progresif yang pasif, yang senang dengan status quo yang sedia ada, atau disenangi oleh golongan elit yang mendokong status quo itu
pula.
Inilah dinamika yang ada dalam norma-norma praxis Islam normatif yang kita telah sebut dalam rencana-rencana sebelum ini. Bermula dari titik tolak konsep Tauhid, iaitu kewujudan Tuhan yang Satu, yang maha Esa dan maha Berkuasa, kita akhirnya sampai kepada kesimpulan bahawa seluruh alam ini merupakan suatu objek yang satu, tidak bisa dibelah-bagi, dan tidak ada kuasa yang bisa mengalahi kuasa Tuhan. (Walaupun ini merupakan suatu suatu konsep yang rumit dan kompleks, dan kadangkala membawa kepada kesalahfahaman dan kekeliruan, seperti dalam kasus doktrin Wahdat-ul Wujud yang dikatakan mempunyai unsur-unsur shirik) (1).
Logiknya begini: Jikalau kita terima hakikatnya bahawa Tuhan itu Satu dan Tuhanlah yang me-reka dan mewujudkan alam dan segala yang ada didalamnya, justeru itu dari sudut pandangan Tuhan yang maha Esa, semua yang terkandung dalam alam ini menpunyai status eksistensial dan ontologikal yang sama.
Perbedaan antara kewujudan dan ketidak-wujudan itu merupakan suatu perbedaan yang mutlak, bukan relatif. Jadi makhluk yang kecil, lemah dan hina seperti semut pun merupakan bukti keagongan dan kekuasaan Tuhan. (Kalau tak percaya, cuba anda wujudkan seekor semut. Sebutir pasir pun tak bisa diwujudkan oleh kita!) (2)
Realiti inilah yang menjadi tapak dan landasan bagi sistem etika dan falsafah Muslim. Oleh kerana itulah ummat Islam disuruh memelihara dan menghormati alam sekitar- kerana rumput dan lalang pun merupakan sebahagian dari alam yang diwujudkan Tuhan, dan kita ummat manusia hanya 'menumpang' di bumi ini. Kita wujud di bumi kerana diamanahkan untuk memelihara alam yang diwujudkan Tuhan, dan daripada interaksi dan sikap saling-bergantung (inter-dependency) dengan alam sekitar ini kita bisa mengenali dan menghayati keindahan dan kekuasaan Tuhan yang maha Esa.
Tiada perbezaan
Dari titik tolak yang sama, kita patut sedar bahawa dari sudut pandangan Tuhan, ummat manusia ini sama taraf dan statusnya. Tidak ada manusia yang lebih agong, lebih sempurna, lebih istimewa dari manusia yang lain.
Kelebihan para Nabi dan Rasul terkandung dalam keimanan dan watak moral mereka, yang membolehkan mereka memahami dan menghayati keagongan Tuhan secara lebih mendalam, sehingga mereka bisa terima wahyu dari Tuhan.
Namun begitu, mereka sendiri masih manusia biasa, yang hidup, mati, berkerja dan berinteraksi dengan masyarakat sekitar. (Kita tidak patut mengagong-agongkan para Nabi dan Rasul, apatahlagi golongan Ulama dan Awliya, sehingga mereka diangkat ketahap dewa, seperti yang dilakukan oleh pengikut-pengikut aliran Barelwi di India/Pakistan. Ini juga bisa dikatakan sejenis shirik atau kekufuran yang merbahaya dan melanggar prinsip-prinsip aqidah Islam).
Berikutan dari titik tolak yang sama, patut ditekankan bahawa dari sudut pandangan Tuhan tidak ada manusia yang lebih rendah, hina atau inferior dari yang lain. Kecenderungan manusia sebagai organisme atau haiwan sosial (social animal) ialah untuk berkumpul bersama dan membentuk kelompok-kelompok yang homogenis. Kerapkali apabila kecenderungan ini
wujud, faktor yang menyatupadukan kelompok itu ialah faktor ethnis, ras, bangsa, sejarah, bahasa/linguistik maupun keagamaan. Walaupun secara logik perilaku begini bisa dikatakan suatu norma organisme sosial, tetapi ia masih menentang prinsip Tauhid yang menekankan kesatuan dan kesama-rataan antara mahluk Tuhan.
Dalam Islam tidak ada konsep 'ras', 'ethnis' ataupun 'bangsa', tetapi hanya suatu ummat iaitu ummat manusia yang sama dan setaraf. Menentang, mengkritik dan menghapuskan sikap prejudis perkauman beginilah yang patut dijadikan suatu dari matlamat gerakan Islam progresif dewasa ini.
Anti-Rasisme dan Islam Progresif
Dalam iklim politik global yang begitu panas pada masa ini, sikap prejudis perkauman patut dianggap suatu daripada halangan kepada perkembangan aliran Islam progresif.
Islam progresif, seperti kita telah sebut sebelum ini, mempunyai daya maju ke hadapan, bergerak keluar dari lingkungan sempit ide-ide dan norma-norma orthodoksi tradisional yang diwarnai oleh sikap, perilaku dan kebiasaan zaman kuno. Semangat pembaharuan yang terkandung dalam harakah gerakan progresif ini sudah tentu menentang sikap prejudis dan perkauman yang
berasaskan unsur nafsu yang primordeal dan tidak rasional. Tetapi apabila berdepan dengan gejala tidak-rasional, anti-rasional dan anti-humanis begini, apakah taktik atau strategi yang patut diguna oleh golongan Muslimin progresif?
Khazanah intelektual Muslim padat dengan ide-ide dan teori-teori yang dibentuk dan diwarnai oleh semangat rasionalisme yang memang terkandung dalam Islam dan budaya normative Muslim. Malah, tradisi ilmuan Barat yang dikatakan begitu rasional itu pun dibentuk melalui interasksi tamadun Barat dan tamadun Islam. Dari al-Ghazali ke ibn Khaldun, begitu banyak ilmuan Muslim telah menekankan kepentingan daya fikir yang kritis, persis dan rasional ini.
Kita masih bisa kembali kepada tradisi intelektualisme rasional ini, menghidupkan kembali dinamisma yang dewasa ini agak pudar, dan melancarkan suatu gagasan ide rasional yang relevan dan berkesan untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa. Tetapi untuk projek begini berjaya, kita juga mesti sanggup melakukan suatu renovasi dan reformasi dalaman, bermula dengan suatu auto-critique dimana kita bisa menyoal ide-ide dan taktik-strategi asas kita.
Mencari musuh
Hakikat yang tidak dapat ditolak atau dinafikan ialah selama ini gerakan Islamisme telah berjaya menyatupadukan ummah Islam atas alasan 'Islam tercabar' dan 'ummat Islam dikelilingi musuh'. Kecendrungan mencari musuh (baik yang benar-benar ada, ataupun musuh yang direka belaka) inilah yang memberi gerakan Islam keupayaan untuk menyatu ummat (bonding capital).
Dari segi keupayaan menyatukan ummat ini, gerakan Islamisme moden memang tidak dapat dinafikan kehebatannya. Dimana-mana saja, dari Palestin ke Indonesia, kita dapat lihat contoh gerakan-gerakan Islamisme yang telah berjaya menyatupadukan komunitas mereka secara efektif dan sukses.
Tetapi pada masa yang sama, daya upaya untuk menyatukan ummat ini juga telah menjadi suatu halangan bagi gerakan Islamisme, kerana pada masa yang sama ia telah mendirikan benteng-benteng mental dan sosial yang menghalang interaksi dengan kaum-kaum lain, dan dalam beberapa kasus (seperti dimana Muslimin itu merupakan kumpulan minoritas) telah meminggirkan dan memencilkan ummat Islam pada masa yang sama. Jadi walaupun dari segi keupayaan menyatu (bonding capital), gerakan Islamisme itu kuat, dari segi keupayaan menjambatani jurang (bridging capital) gerakan Islamisme itu lemah sekali.
Kelemahan ini jelas terbukti apabila kita lihat bagaimana rasa simpati bagi ummat Islam pada tata global itu amat berkurang waktu ini: Ummat Islam di Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan, Kashmir, India, Filipina, Siam, Indonesia dan Eropah dizalimi dan diganyang habis-habis, tetapi komunitas global tidak melakukan apa-apa. Malah, seringkali kita lihat dalam lapuran media
global arus perdana kasus-kasus dimana Muslimin yang sebenarnya mangsa kezaliman dianggap 'musuh', 'anasir terroris' dan 'pihak yang bersalah'. Ini menunjukkan bahawa pada tahap global, kecendrungan gerakan Islamisme untuk berkumpul bersama dan menumpukan fokusnya khusus kepada ummat Islam secara eksklusif telah membawa padah dan bencana.
Keadaan ini tidak mungkin berubah selagi gerakan Islamisme berpegang kepada konsep dialektik bermusuhan (oppositional dialectics) dalam strategi mereka. Tetapi konsep dan nilai dialektik bermusuhan ini telah meresap dan menular masuk kedalam minda ummat Islam secara menyeluruh, dan praktik ini diperkukuhkan lagi oleh kerana kita masih bergantung kepada ide, nilai dan epistemologi yang diwarisi dari zaman lama, iaitu zaman dimana ummat Islam memang dalam keadaan konflik dengan dunia luar. Inilah fenomena yang disebut oleh pemikir Islam Ebrahim Moosa sebagai 'epistemologi zaman empayar kuno' (Imperial Epistemology)
Epistemologi zaman empayar kuno
Mengikut pendapat pemikir Islam progresif Ebrahim Moosa, ummat Islam dewasa ini mengalami suatu masalah epistemik-psikologik.(3) Walaupun kita hidup diawal abad ke-21, dari segi mentalitas kolektif kita, kita masih tinggal dalam zaman pertengahan, masih kekal dalam mind-set zaman perang salib.
Jikalau ditinjau secara empirisis, kita dapat lihat bagaimana begitu banyak pemikir dan pemimpin gerakan Islamisme bergantung kepada konsep 'musuh dan kawan' (friend and enemy) dalam pidato, tulisan dan praktik politik mereka. Secara amnya, apabila membaca tulisan-tulisan gerakan Islamisme generasi ini, kita mendapat gambaran bahawa ummat Islam di dunia tidak mempunyai teman atau kawan langsung. Gambaran yang kita dapat ialah suatu komunitas yang dikepung, dikelilingi musuh dan dizalimi tampa-henti.
Tetapi gambaran ini tidak tepat, malah, hanya mengelirukan dan memutar-belitkan realiti yang ada. Hakikatnya ialah walaupun ummat Islam itu dizalimi (oleh struktur-struktur ekonomi, politik dan proses globalisasi), ada juga komunitas yang lain yang menjadi mangsa juga. Cuba lihat ke negara-negara membangun yang lain, seperti Venezuela, Brazil, Mexico di Amerika Latin, negara-negara Amerika Tengah, negara-negara Afrika seperti Mozambique, Angola, Sierra Leone, dll. Bukahkah ini contoh komunitas yang lain (yang bukan-Muslim) yang dizalimi oleh proses globalisasi dan struktur ekonomi global yang tidak adil juga?
Malangnya, rasa simpati, peduli dan perikemanusiaan ummat Islam jelas terbatas ke sempadan komunitas ummat Islam itu saja. Dalam usaha saya sebagai aktivis HAM dan aktivis anti-globalisasi, jarang sekali saya berjumpa dengan aktivis Muslim lain di perjumpaan-perjumpaan dan konferensi tentang isu-isu begitu. Nampaknya seakan gerakan Islam hanya bergerak dan bertindak apabila mereka yang dianyai dan dizalimi itu datang dari komunitas mereka sahaja! Jikalau begini, bisakah kita katakan bahawa kita telah memahami, apatahlagi menghayati, nilai-nilai Islam yang universal itu?
Inilah sebabnya Ebrahim Moosa menyatakan: "We cannot continue to employ the same epistemology of the age of the old Muslim empires. We need new intellectual tools for the age we live in, to deal with the realities of a more complex and plural universe."
Menolak kecendrungan kepada dialektik bermusuhan ini ialah langkah pertama untuk mendirikan suatu gagasan Islamisme Progresif yang benar-benar universal, terbuka, inklusif dan pluralis. Bermula dari titik tolak prinsip Tauhid yang kita sebut tadi, kita perlu menggerakkan arus fikiran muslim kearah yang lebih terbuka dan inklusif, dimana muslimin sedunia bisa
mengerti dan sedar bahawa solidaritas yang perlu dibentuk ialah dikalangan semua ummat manusia, dan perjuangan untuk keadilan itu ialah suatu perjuangan global yang matlamatnya ialah membebaskan ummat manusia secara menyeluruh.
Dalam perjuangan ini, gerakan Islamisme mesti sedar bahawa teman-teman yang mereka cari itu ada dikalangan kaum dan komunitas lain juga, dan tidak semestinya dari kaum muslim sahaja. Malah, bagi saya, teman-teman dari komunitas lain itu mungkin lebih komited, lebih berprinsip, lebih berwibawa dan lebih jujur dalam perjuangan mereka. Mereka inilah yang patut dianggap 'teman sejalanan dan teman perjuangan' gerakan Islamisme progresif, dan bukan kelompok-kelompok Muslim konservatif yand berpegang kepada ide dan orthordoksi lama, atau sikap prejudis kuno. Dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan sejagat bagi seluruh ummat manusia, gerakan-gerakan pekerja (trade unions), gerakan mahasiswa (student unions), gerakan buruh (labour movement) dan gerakan pro-demokrasi dan HAM antarabangsa lebih penting dari kelompok Muslim yang konservatif, fundamentalis dan eksklusif. (Patut dinyatakan disini bahawa banyak diantara gerakan Muslim konservatif itu juga bukan 'radikal' sebenarnya, kerana mereka juga menyokong dan mendokong ideologi kapitalisme Barat juga.)
Matlamat akhir perjuangan global ini ialah untuk meruntuhkan struktur-struktur dominasi, eksploitasi dan penindasan yang merupakan faktor-faktor konkrit yang menyebabkan wujudnya benteng-benteng dan jurang-jurang sosial didunia waktu ini. Dan jikalau struktur-struktur ini menyebab (dan mengekalkan) perbedaan sosial dan perkauman yang tidak adil, malah menafikan kesatuan dan kesama-rataan ummat manusia, jadi struktur-struktur inilah yang bisa dikatakan struktur-struktur kekufuran zaman ini zaman globalisasi kapitalisme dan hegemoni Amerika.
Minggu depan: Kemiskinan, globalisasi, struktur-struktur kekufuran dan Agenda Islamisme Progresif
Notakaki:
(1) Secara ringkas, doktrin Wahdat-ul Wujud itu bermula dari landasan konsep Tauhid, tetapi kemudiannya membuat kesilapan epistemik dan ontologi apabila ia menyatakan bahawa Tuhan dan Alam itu satu. Mengapakah doktrin ini timbul?
Perkembangan ini berlaku oleh kerana ada beberapa ahli Ulama dan Sufi zaman dulu yang ragu-ragu dengan ide bahawa Tuhan dan Alam itu berbeda (atau mempunyai status ontologikal yang berbeda), justeru itu mungkin dikatakan bahawa Alam mempunyai status kewujudan (existence) yang terasing atau independent dari Tuhan. Mereka tidak sanggup terima ide ini kerana ia menimbulkan dualisme yang akan menggugat prinsip Tauhid yang menekankan kesatuannya Tuhan. Namun begitu, salah juga jikalau kita mengatakan bahawa Tuhan dan Alam itu satu, kerana ini mungkin membawa ke kesimpulan bahawa objek-objek material (seperti pokok, batu, bukit, gunung, bahkan manusia juga) itu ada element atau zat ketuhanan didalamnya. Inilah sebabnya doktrin ini dikatakan merbahaya, kerana bisa menyebabkan kekeliruan pada tahap aqidah, iman dan kefahaman doktrin Islam itu sendiri.
(2) Inilah bedanya antara mewujudkan sesuatu dan membuat sesuatu. Mewujudkan sesuatu (Creating, or bringing into Being) memang merupakan suatu kebolehan yang istimewa, khas untuk Tuhan. Manusia hanya dapat membuat (to make) benda-benda, dengan mengunakan bahan-bahan yang diwujudkan oleh Tuhan.
(3) Lihat: Farish A. Noor, 'New Voices of Islam'. Wawancara dengan Ebrahim Moosa, 'We Need New Intellectual Tools for the Age we live in.' (ISIM, Leiden, 2002. m. 23-29.)

