Mimpi ngeri Abdullah
Makin tinggi harapan, makin teruk kehampaan. Paradoks harapan-kehampaan ini mungkin sedang dialami mereka yang menaruh harapan tinggi kepada Pak Lah untuk menjana reformasi dalam Umno, memandangkan apa yang telah berlaku dalam perhimpunan agung Umno ke-55 lalu, terutama dalam aspek konflik puak, amalan politik wang dan politik perkauman.
Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2 September 2004, Perdana Menteri dipuji oleh semua pihak kerana memberi nafas dan harapan baru kepada kebebasan kehakiman negara kita. Dan sentimen "buang yang keruh dan ambil yang jernih" seolah-olah telah wujud antara pihak Pak Lah dengan Anwar, dan dialu-alukan sebagai situasi menang-menang atau multi-menang.
Namun suasana dan sentimen ini segera disabotaj oleh keputusan Umno untuk "menutup pintu" kepada Anwar. Dalam perhimpunan Umno baru-baru ini, suatu kempen untuk mengecap Anwar sebagai penderhaka, telah dilancarkan oleh mereka yang berasa terancam.
Reaksi histeria ini membuktikan sesetengah pemimpin Umno tetap dihantui "faktor Anwar" sungguhpun beliau telah dipenjarakan selama enam tahun, dan masih seorang pesakit dalam pemulihan di luar negeri.
Perkembangan ini membuktikan dua perkara. Pertama, mereka yang berkepentingan dalam perlumbaan meragut kuasa politik dalam Umno, tidak berani menghadapi Anwar yang masih begitu berkarismatik dan popular. Kedua, Anwar masih merupakan suatu kekuatan politik yang disegani kawan dan lawan.
Ketika Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2 September 2004, Perdana Menteri dipuji oleh semua pihak kerana memberi nafas dan harapan baru kepada kebebasan kehakiman negara kita. Dan sentimen "buang yang keruh dan ambil yang jernih" seolah-olah telah wujud antara pihak Pak Lah dengan Anwar, dan dialu-alukan sebagai situasi menang-menang atau multi-menang.
Namun suasana dan sentimen ini segera disabotaj oleh keputusan Umno untuk "menutup pintu" kepada Anwar. Dalam perhimpunan Umno baru-baru ini, suatu kempen untuk mengecap Anwar sebagai penderhaka, telah dilancarkan oleh mereka yang berasa terancam.
Reaksi histeria ini membuktikan sesetengah pemimpin Umno tetap dihantui "faktor Anwar" sungguhpun beliau telah dipenjarakan selama enam tahun, dan masih seorang pesakit dalam pemulihan di luar negeri.
Perkembangan ini membuktikan dua perkara. Pertama, mereka yang berkepentingan dalam perlumbaan meragut kuasa politik dalam Umno, tidak berani menghadapi Anwar yang masih begitu berkarismatik dan popular. Kedua, Anwar masih merupakan suatu kekuatan politik yang disegani kawan dan lawan.
Dalam pemilihan naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi Umno, pembebasan Anwar (umpamanya isu perjanjian sulit) mungkin telah diperalatkan oleh puak anti-Abdullah dalam Umno untuk memburukkan Abdullah dan menentang calon pro-Pak Lah, dan memberi kemenangan bagi calon puak Mahathir-Najib sepertimana analisa sesetengah pengulas politik media.
Kontradiksi sengit
Ini mungkin latarbelakang kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menikam Pak Lah dari belakang dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan kali ini.
Perkembangan terbaru ini memperlihatkan kontradiksi sengit dan kerapuhan gandingan Pak Lah-Najib. Jika salah seorang daripadanya mencurigai pasangannya akan menikamnya dari belakang bila berpeluang berbuat demikian, maka nescaya ia akan mengambil inisiatif untuk menghapuskan pasangannya sebelum dirinya ditikam.
Sebelum perhimpunan agung Umno kali ini, Pak Lah telah mengisytiharkan perang terhadap politik wang, sehinggakan ejen-ejen perisik digunakan untuk memantau amalan rasuah terbabit. Namun, kejutan demi kejutan berlaku apabila keputusan pemilihan diumumkan. Mereka yang dianggap akan kalah (umpamanya Mohd Isa Abdul Samad), telah menang dengan cemerlang manakala mereka yang dianggap akan menang dengan cemerlang (umpamanya Muhyiddin Yassin), pula nyaris kalah.
Mungkin di luar sangkaan Pak Lah h, politik wang yang cuba dibendung, sebaliknya telah disalahkan sebagai unsur kejutan-kejutan dalam keputusan tersebut. Dengan lain perkataan, kerana politik wang, yang patut menang telah kalah, dan yang patut kalah sebaliknya sudah menang.
Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang menganggap dirinya mangsa politik wang dan kecundang bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Salleh bagi kerusi MT, mendakwa pemilihan Umno kali ini adalah yang paling teruk dicemari politik wang sejak 34 tahun beliau memegang jawatan parti di peringkat nasional.
Lembaga Disiplin dibidas
Beliau turut mendakwa "ada orang"memujuknya supaya mengeluarkan wang bagi mendapatkan undi tetapi ditolaknya. Dakwaan ini berat sekali, kerana ia bermakna yang mengamalkan politik wang sudah menang, dan yang anti-politik wang sebaliknya telah menjadi mangsa!
Aneh sekali, ramai yang menuduh secara langsung atau tidak langsung tentang amalan politik wang itu, tetapi hingga sekarang tiada seorang pun yang sudi /berani tampil memberi bukti kepada Lembaga Disiplin supaya ianya dapat disiasat dan jika tersabit kesalahannya, diambil tindakan disiplin.
Lebih menakjubkan ialah integriti dan kewibawaan Lembaga Disiplin sendiri juga dipersoalkan. Misalnya, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainal Abidin, tanpa berselindung lagi, telah mencadangkan agar lembaga itu dibubarkan kerana didakwanya mengamalkan sikap pilih kasih dalam menetapkan kod etika dan peraturan berkempen dalam pemilihan parti.
Katanya, calon yang bertanding dalam pemilihan peringkat tertinggi di perhimpunan agung dibenarkan berkempen secara terbuka dengan mengadakan perjumpaan, jamuan dan memberi duit minyak kepada perwakilan, sedangkan calon yang bertanding di peringkat cawangan dan bahagian tidak dibenarkan melakukan perkara yang sama .
Dakwaan ini masih ringan berbanding dengan tuduhan bahawa harga satu undi untuk jawatan naib presiden dan Majlis Tertinggi ialah antara RM1,000 hingga RM1,500 bukan RM50 hingga RM100 bagi undi cawangan dan bahagian, dan jual-beli ini diuruskan secara "en bloc"oleh sindiket yang profesional.
Bidangkuasa BPR
Jika Lembaga Disiplin dituduh sebagai pilih kasih dan tidak boleh dipercayai, maka Badan Pencegah Rasuah (BPR) pula tidak dibenarkan campurtangan dalam amalan politik wang Umno. Sikap melindungi pemimpin Umno yang mengamal politik wang daripada disiasat BPR, menunjukkan parti itu tidak serius dalam membanteraskan amalan politik wang yang merupakan gejala rasuah dan dalam bidangkuasa BPR.
Di samping itu, dalam perhimpunan agung kali ini, retorik-retorik perkauman banyak dilontarkan. Selain seruan dan desakan untuk melaksanakan agenda Melayu, gertakan peristiwa 13 Mei secara tersirat (umpamanya ucapan Ketua Pemuda Datuk Hishammuddin Tun Hussein) atau secara terang-terangan (umpamanya ucapan Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruldin yang sambil memberi amaran, turut mengangkat buku bertajuk Mei 13), juga diutarakan perwakilan tanpa menghiraukan sensitiviti dan perasaan kaum bukan Melayu. Dalam sekelip mata saja, imej adil, bersih, amanah, terbuka dan progresif yang cuba dibina Pak Lah selama ini, seolah-olah telah berkecai oleh konflik puak yang sengit, amalan politik wang yang bermaharajalela, laungan agenda Melayu yang berkumandang, dan gertakan kejadian Mei 13 yang menakutkan.
Kesemua ini tidak ubah mimpi ngeri bagi Abdullah jika beliau seorang reformis yang jujur dan tulen. Demikianlah bermulanya era Pak Lah yang penuh dengan pancaroba dan ketidak-tentuan!

