Melayu mundur salah siapa?
Ahswa99Published: Sep 30, 2004 7:45 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tidak pernah dalam sepanjang hidup saya, dapat saya menyaksi perhimpunan agung Umno yang penuh dengan retorika rasis.
Presiden Umno Abdullah Badawi telah menyeru masyarakat Melayu bahawa mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada 'tongkat' lagi, khususnya dalam era glabalisasi ini.
Apa yang perlu didalami oleh perwakilan Umno ialah bagaimana untuk mempertingkatkan kedudukan masyarakat Melayu, dan apa yang perlu dilakukan ialah melatih masyarakat Melayu supaya dapat menuju ke arah 'tanpa tongkat' dan boleh berjalan dengan kaki sendiri.
Saya berasa hairan pula apabila perwakilan Umno hanya berminat dengan perkataan dan retorik seperti 'tidak berkompromi', padahalnya apa yang dilaung-laungkan sebagai 'cara penyelesaian' tidak lebih daripada seruan kerajaan untuk memperketatkan pelaksanaan dasar-dasar untuk bumiputera.
Saya juga amat terkejut dan akhirnya berasa gelisah dengan hujah Timbalan Pengerusi Tetap Umno yang baru terpilih, Badruddin Amiruldin ketika berucap mewakili Umno Kedah yang antara lain menunjukkan sebuah buku yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei di mana beliau mengingatkan 'chauvanis-chauvanis DAP dan Cina' supaya jangan turut mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
Sekali lagi, ini merupakan satu helah Umno untuk menjerat DAP yang baru muncul sebagai parti pembangkang terbesar di Dewan Rakyat. Memang tidak keliru sejak daripada awal lagi, apa yang diperjuangkan oleh DAP ialah 'Agenda Malaysia, dan bukannya 'Agenda Melayu' yang tidak lebih daripada laungan kosong yang bersifat regresif.
Pegangan DAP terhadap sebuah masyarakat Malaysia yang adil, saksama dan pentadbiran yang baik tidak pernah beranjak. Di bawah skop 'Agenda Malaysia' ini, perjuangan DAP adalah bercirikan ke-Malaysiaan, di mana rakyat berbilang kaum, termasuk Melayu, layak menerima bantuan kerajaan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.
Sekiranya kebanyakan daripada anggota masyarakat yang mengalami masalah kemiskinan adalah Melayu, maka tidak syak lagi merekalah yang mesti dan perlu diberi bantuan.
Perbincangan hangat sedang berlaku tentang bagaimana untuk mempertingkatkan pegangan ekuiti orang Melayu yang masih tersasar jauh daripada matlamat 30 peratus. Pada firasat saya, sebelum kita berbincang tentang cara-caranya, kita perlu tepuk dada tanya selera, adakah kekayaan itu telah dibahagikan secara adil di kalangan orang Melayu?
Adakah kekayaan hanya tertumpu di tangan beberapa orang kroni sahaja? Kalau itulah hakikatnya, janganlah kita cuba melaungkan retorik-retorik perkauman seperti dalam perhimpunan agung itu, kerana masalah yang timbul adalah disebabkan dasar kerajaan sendiri yang hanya menjaga beberapa orang kroni sahaja.

View Comments0