Pemimpin MIC diminta tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang dipanggil Presiden MIC, Datuk G Palanivel untuk menetapkan tarikh pemilihan semula parti itu kerana "ianya haram".

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam, yang memanggil dirinya sebagai pemangku presiden MIC, berkata terdapat berita di media bahawa Palanivel memanggil mesyuarat CWC 2009 di Hotel Pullman esok.

Katanya, mesyuarat itu adalah haram yang dipanggil oleh seorang yang bukan ahli parti itu.

Palanivel (gambar), katanya, telah hilang keahliannya pada 24 Februari.

Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli supaya tidak terperangkap dengan menyertai mesyuarat itu.

Subramaniam berkata CWC yang dipilih pada 2009 telah diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan ia telah memulakan langkah untuk mempercepatkan pemilihan semula MIC.

[Baca berita penuh/asal]