DAP desak pengerusi MARA dipecat
DAP mahu Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pengerusi Tan Sri Annuar Musa bertanggungjawab kepada skandal apartmen Dudley House dan kes salah urus lain dan mendesak supaya beliau dipecat.
Kontroversi terkini berhubung pembelian satu blok apartmen yang didakwa melibatkan sogokan kepada pegawai Malaysia.
Ini bukan kali pertama MARA didapati terlibat dalam dakwaan rasuah dan salah urus dana, kata MP Bukit Mertajam Steven Sim dan MP Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Sebelum ini terdapat urus niaga hartanah yang mengundang kontroversi, termasuk pembelian tiga hartanah di London, iaitu Hotel Ashley berhampiran stesen Paddington, asrama pelajar Beaumont House dan pangsapuri perkhidmatan Atelier EC1, kata pemimpin DAPitu dalam satu kenyataan hari ini.

