MARA adakan audit, bantu siasatan SPRM
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengadakan audit dalaman dan membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anak syarikatnya, Mara Incorporated Sdn Bhd, berhubung dakwaan penipuan dalam pembelian hartanah di Melbourne membabitkan pegawai kanannya.
Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa berkata proses audit di samping siasatan SPRM, kedua-duanya yang bermula sejak beberapa minggu lepas, masih berjalan.
Beliau berkata MARA memperoleh bangunan lima tingkat Dudley International House seluas 30,279 kaki persegi selepas Mac 2013 untuk menempatkan pelajar di dalam 112 bilik.
"Mara Inc membeli bangunan itu daripada pemaju pada harga yang berpatutan dan ini disokong oleh laporan hartanah daripada penilai profesional antarabangsa bertauliah.
"Kami menyedari bahawa hartanah itu dibeli pada harga jauh lebih tinggi selepas akhbar Australia, The Age , menyiarkan laporan mengenainya semalam," katanya pada sidang akhbar berhubung dakwaan itu, katanya.
[Berita penuh menyusul]

