'Kami belum sedia, tapi boleh saja'
Bahagian kedua wawancara Malaysiakini bersama Beatburns cenderung ke jawapan lebih serius. Mungkin menunjukkan dedikasi mereka sebagai pemuzik dan pejuang seni suatu hari nanti. Tapi kita kena tunggu dan lihat dululah.
Ada mana-mana pihak approach atau sign up dengan mana-mana?
Kami belum bersedia. Bukan kami tidak mahu, cuma kami mahu semua lagu lebih mantap. Sebab kalau belum ready, nanti kelam-kabut. Tetapi kalau ada mana-mana syarikat yang membuat tawaran, dan ia bagus, kami akan pertimbangkan.
Dengan label mana korang harap nak sign ? Apa yang korang fikirkan dalam kepala. Yelah, mesti kena berangan sikit kan? (Soalan ini sengaja ditanya kerana nampaknya Beatburns amat suka berangan hingga hampir tidak tahu nak buat pilihan)
Moe: Oh, siapa eh?
Lynd: Ini masalah dia sebab kalau nak ikut target, label yang kami nak tu ada kat AS.
Moe: Banyak syarikat antarabangsa yang menjadi pilihan, antaranya Fuel by Ramen. Walaupun kami nak ‘lari’ dari Paramore, tetapi tidak boleh jauh sebenarnya, sebab ia juga menghasilkan kumpulan lain yang bagus dan setaraf seperti Fall Out Boy yang kami suka dan selalu dengar.
Syarikat local macam mana?
Kami memang mahu bekerjasama dengan Laguna Music. Dulu, seorang daripada pengasasnya, arwah Jamie, amat baik dan menyokong kumpulan kami. Dorang pernah menghasilkan album Yuna dan Seven Collar T-Shirt. Apa yang arwah buat untuk kedua-duanya amat hebat.
Apa effort korang nak sampai tahap tu? Sekarang dah mula?
Moe: Usaha itu bermula sejak awal penubuhan Beatburns kerana kami perlu capai sasaran. Perkara yang menjadi penentu adalah masa dan tuah. Kumpulan macam Bunkface misalnya, mempunyai bakat dan memasuki pasaran pada masa yang tepat.
Kami juga pernah main gig dengan penonton paling sikit dan yang paling ramai walaupun kami kami tidak pernah buat persembahan sambil lewa. Di atas pentas, kami beri 100 peratus.
Memang Beatburns tidak memilih kalau diberi peluang buat persembahan , hinggakan busking di kaki lima stesen LRT pun mereka ‘sebat’. Bagi mereka, apa yang penting ialah usaha dan memasarkan nama Beatburns.
Berapa banyak konsert korang pernah join ?
Moe: Antaranya Rantai Art Festival, Rock the World 2013 dan Jakarta Clothing Indonesia 2013.
Cerita sikit pengalaman paling tak boleh lupa.
Lynd: Paling ingat, kami satu stage dengan Shiela On 7.
Korang rasa ‘panas’ sekejap tak?
Mo : Rasa bertuah. Tetapi memang ada ‘panas’ sekejap sebab Sheila On 7 memang idola kami dan tiba-tiba ada di depan mata.
Usaha Beatburns untuk bertapak di peringkat antarabangsa sudah bermula. Langkah awal ialah menyertai Festival Belia Bangkok dan Festival Belia Singapura 2013. Maknanya, mereka tidak sekadar mencari pasaran di Indonesia. Seterusnya, mereka menyimpan hasrat besar untuk menjejakkan kaki di Festival Laneway Singapura yang banyak menampilkan artis indie popular luar negara.

