Dalam Bajet sulungnya, Pak Lah berazam untuk memastikan setiap rakyat dapat bersama mengecapi hasil pembangunan dan menikmati hasil kemakmuran negara.
Berikut adalah intipati bajet 2005:

Peruntukan Bajet 2005 sebanyak RM117.4 bilion, RM89.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM28.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Wujudkan panel kajian semula sistem percukaian dengan dianggotai wakil sektor awam dan swasta.

Mansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan cukai ini dan digantikan dengan cukai penggunaan berasaskan konsep nilai ditambah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Jan 2007.

Kerajaan mencadangkan supaya zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat dibenarkan sebagai potongan.

Sistem dan prosedur kerja akan disusun semula termasuk undang-undang dan garis panduan lapuk bagi memperkemaskan sistem pencapaian perkhidmatan

Sebanyak 20 set statut dan peraturan telah dikenalpasti untuk dipinda sementara 104 sistem dan proses kerja di 16 kementerian akan dikemaskini.

Kerajaan akan membenarkan sehingga lima syarikat broker saham asing utama untuk beroperasi di Malaysia.

Menarik sehingga lima pengurus dana terkemuka di dunia untuk beroperasi di Malaysia.

Membenarkan pemilikan asing 100 peratus syarikat broker niaga hadapan bagi meningkatkan kecairan dan tahap pengurusan risiko pasaran modal.

Membenarkan pemilikan asing 100 peratus syarikat modal teroka untuk menambah penawaran modal kewangan dan kepakaran bagi menggalakkan pelaburan sektor ICT.

Membenarkan syarikat broker saham tempatan yang telah bergabung dengan sekurang-kurangnya satu lagi broker saham untuk membuka empat cawangan tambahan atau aktiviti dibenarkan melalui kemudahan akses elektronik.

Menghapuskan had bilangan maksimum wakil peniaga rakyat asing yang dikenakan atas syarikat broker saham.

Membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menambah dana pelaburan dengan syarikat pengurusan dana tempatan termasuk syarikat pengurusan dana yang bukan dimiliki oleh bank.

Sebuah institusi latihan antarabangsa akan ditubuhkan bagi melahirkan pakar dalam sistem kewangan Islam untuk mengukuhkan lagi sistem kewangan Islam.

Kerajaan akan menerbitkan bil perbendaharaan Islam.

Kerajaan mencadangkan faedah tergantung dianggap sebagai peruntukan khas hutang lapuk dan dibenarkan sebagai potongan bagi tujuan kiraan cukai pendapatan.

Rebat cukai beli komputer peribadi dinaikkan daripada RM400 kepada RM500.

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan membeli buku dinaikkan daripada RM500 kepada RM700.

Menaikkan pelepasan cukai bagi caruman KWSP dan Takaful serta premium insurans.

Penghapusan atau pengurangan duti import ke atas barangan terpilih.

Kerajaan berhasrat menyediakan 100,000 unit rumah mampu milik dan akan dilaksanakan dengan kaedah industrialised building system (IBS), bagi menjimatkan kos dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Kerajaan menyediakan RM778 juta bagi membina 21,000 unit rumah kos rendah di bawah program perumahan rakyat untuk penduduk setinggan di kuala lumpur dan bandar-bandar utama.

Sebanyak RM177 juta lagi diperlukan secara pinjaman kepada kerajaan negeri bagi meneruskan pembinaan 3,000 unit rumah di bawah projek perumahan awam kos rendah.

RM107 juta bagi tujuan pelarasan gaji polis.