Mencari Reformasi
Dalam dunia ini ada satu benda X yang terlalu susah untuk saya temui. Tetapi saya selalu mendengar tentang kewujudan X ini. Dari semenjak saya kanak-kanak dari kurun ke 20 hingga ke awal kurun 21 - saya masih lagi belum menemuinya. Benda yang saya cari-cari ini ialah hantu.
Bermacam-macam jenis hantu yang saya dengar ada pontianak, ada hantu raya, hantu kopek, ada pelesit, ada jembalang tanah, bajang, hantu air; malah di bukit , di batang kayu dan di batu, ada sahaja hantu yang sedia menunggu.
Cerita-cerita pelik tentang hantu X berkeliaran ini memang menghairankan tetapi jangan terperanjat kerana ada pekara X yang lebih pelik lagi menghairankan. Lebih pelik dari orang berbulu musang. Lebih memeranjatkan dari kucing beranakkan tupai. Lebih ajaib dari Ajaib Singh.
Perkara-perkara X yang mengajaibkan ini semuanya berlaku di permulaan gerakan Reformasi - pada awal bulan September 1998 dahulu. Saya tidak bersetuju untuk menerima hakikat bahawa orang Melayu ini mudah lupa.
Rasa saya, dalam masa enam tahun ini, agak terlalu awal untuk kita terlupa dan terlalai. Saya menerima hakikat bahawa mungkin ada Melayu lupa membayar bil telefon atau lupa nak bayar hutang pinjaman Mara atau terlupa di mana letaknya Lorong Haji Taib. Tetapi bila berhadapan dengan cerita X, yang pelik-pelik tidak mungkin orang Melayu dapat melupakannya.
Dalam dunia ini ada satu benda X yang terlalu susah untuk saya temui. Tetapi saya selalu mendengar tentang kewujudan X ini. Dari semenjak saya kanak-kanak dari kurun ke 20 hingga ke awal kurun 21 - saya masih lagi belum menemuinya. Benda yang saya cari-cari ini ialah hantu.
Bermacam-macam jenis hantu yang saya dengar ada pontianak, ada hantu raya, hantu kopek, ada pelesit, ada jembalang tanah, bajang, hantu air; malah di bukit , di batang kayu dan di batu, ada sahaja hantu yang sedia menunggu.
Cerita-cerita pelik tentang hantu X berkeliaran ini memang menghairankan tetapi jangan terperanjat kerana ada pekara X yang lebih pelik lagi menghairankan. Lebih pelik dari orang berbulu musang. Lebih memeranjatkan dari kucing beranakkan tupai. Lebih ajaib dari Ajaib Singh.
Perkara-perkara X yang mengajaibkan ini semuanya berlaku di permulaan gerakan Reformasi - pada awal bulan September 1998 dahulu. Saya tidak bersetuju untuk menerima hakikat bahawa orang Melayu ini mudah lupa.
Rasa saya, dalam masa enam tahun ini, agak terlalu awal untuk kita terlupa dan terlalai. Saya menerima hakikat bahawa mungkin ada Melayu lupa membayar bil telefon atau lupa nak bayar hutang pinjaman Mara atau terlupa di mana letaknya Lorong Haji Taib. Tetapi bila berhadapan dengan cerita X, yang pelik-pelik tidak mungkin orang Melayu dapat melupakannya.
Kisah pelik yang hendak saya surahkan ini ialah tetang Senorita X dari Mexico. Kewujudan Senorita X ini telah dilaporkan oleh semua akhbar arus perdana. Ini berita rasmi, bukan saya pungut dari Laman Mahazalim atau Harakah. Kewujudan Senorita X ini telah diakui sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu.
Senorita Mexico
Kalau Perdana Menteri kita dah cakap wujud, pastilah sah kewujudan Senorita ini. Saya tidak pernah mempertikaikan tentang kewujudan Senorita ini - mana boleh lawan cakap PM beb... bahaya!
Tetapi saya hanya ingin tahu apakah Senorita ini datang ke Malaysia dengan pesawat MAS atau Biman Airways. Ini penting untuk saya, kerana kalau Senorita ini naik MAS, besar kemungkinan Senorita ini adalah penduduk asli dari Mexico.
Ini tidak akan menimbulkan apa-apa masaalah. Tetapi kalau Senorita ini datang ke Bukit Damansara dengan menaiki Biman Airways, maka saya akan merasa waswas. Besar kemungkinan Senorita X ini sebenarnya seorang gadis Bangla yang menyamar sebagai Senorita X dari Mexico.
Anggapan saya ini ada nasnya. Setelah lebih satu minggu berita kewujudan Senorita ini dilaporkan di akhbar, tidak pula ada berita tentang Senorita ini ditangkap oleh pihak imigrisen kerana menyalahgunakan visa.
Sebagai rakyat yang berjemur di bawah kibaran Jalur Gemilang, saya merasa amat marah. Darah patriotik saya mendidih bila rakyat asing mengubah tujuan asal lawatan mereka ke bumi Malaysia Boleh ini. Untuk saya, ini adalah satu kesalahan yang besar.
Senorita ini diberitakan telah datang sebagai pelawat tetapi kenapa Senorita ini sudi dirinya diliwat. Lawat dan liwat itu adalah dua perkataan yang amat berbeza maknanya. Kenapa pihak imigrisen culas dalam hal ini.
Tahun 1998 adalah Tahun Melawat Malaysia dengan adanya Sukan Komanwel dan bukan Tahun Meliwat Malaysia. Kenapa Kementerian Pelancongan tidak bersuara dalam hal ini. Dan kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka yang dipenuhi oleh nasionalis Melayu dan dipimpin oleh bekas pemimpin Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, tidak pernah bersuara dalam hal ini. Semua ini menghairankan saya.
Gadis tulen
Apabila perbicaraan Anwar Ibrahim bermula, saya menunggu kemunculan Senorita ini. Saya ingin membandingkan apakah Senorita ini cun seperti Naomi Campell, model yang telah pernah menolak pinangan saya dahulu. Apabila Senorita ini tidak dipanggil ke mahkamah maka sahehlah anggapan saya bahawa Senorita ini bukan gadis Mexico tulen tetapi gadis Bangla yang menyamar.
Lagi pun Bangla dan Mexico tidak banyak perbezaan. Orang Mexico suka masuk secara haram ke Amerika dan orang Bangla suka masuk secara haram ke Malaysia. Ini saheh. Sama ada Senorita ini dari Mexico atau dari Bangla, saya rasa tidak begitu penting.
Persoalannya yang terus menghantui saya ialah di mana Senorita X ini menghilang? Siapa namanya? Apakah bayaran melanggan Senorita ini dalam nilai Peso, Dinar, Dirham, Ringgit atau Dollar Amerika? Kenapa Senorita ini tidak dibawa ke mahkamah? Kenapa Edisi Siasat tidak menyiasat hal ini? Semua ini menghairankan saya.
Kisah Senorita X ini sama hebatnya dengan kisah seorang gadis India yang bekerja sebagai setiausaha. Kisah ini juga pelik. Kita diberitahu oleh media arus perdana bahawa seorang gadis India telah dibawa ke pejabat Perdana Menteri pada malam sebelum persidangan Majlis Tertinggi Umno berlangsung.
Beberapa Menteri Besar dan ahli Majlis Tertinggi termasuk Ghani Othman telah dipertemukan dengan gadis X ini sebagai bukti bahawa gadis ini pernah bermukah dengan Anwar. Pada malam esoknya Anwar dipecat.
Ha ha ha - apa yang menjadikan cerita ini bertaraf X ialah mengikut laporan akhbar, gadis India ini betisnya berbulu dan tidak bunting padi. Cerita yang menyeramkan ini menjadikan saya marah. Untuk saya, kenyataan ' Gadis India betis berbulu' adalah satu kenyatatan yang 'racist' dan 'sexist'.
Gadis India
Kenapa amma-amma dan achi-achi dari MIC tidak bangun mempertahankan hak asasi mereka untuk tidak mencukur bulu betis? Ke mana menghilangnya Minah dan Minahchi NGO pejuang hak wanita? Ini satu persoalan yang hingga ke hari ini tidak dapat saya pecahkan.
Bila membaca berita gadis India itu, saya menjadi marah. Semenjak itu saya tidak lagi mencukur bulu betis saya untuk dilihat kacak. Saya terus menjadi seorang 'feminist' dan berjanji untuk terus berjuang mempertahankan hak wanita untuk menyimpan bulu betis mereka. Viva bulu betis panjang! Boikot pisau cukur!
Ada satu lagi kisah X yang amat memeningkan kepala saya. Babak kisah ini berlaku dalam sebuah hotel di Petaling Jaya. Dari apa yang saya baca, Anwar Ibrahim telah menyeludup masuk ke dalam bilik hotel ini secara menyamar dengan memakai rambut palsu. Ini seperti adegan dalam filem Marnie arahan Alfred Hitchcock.
Dari apa yang saya sedari, hanya ada tiga orang sahaja yang diketahui umum sebagai pengguna rambut palsu di Malaysia ini. Mereka ini semuanya orang-orang yang ternama. Pemakai rambut palsu pertama ialah Datuk Sri Samy Vellu, orang kedua ialah abang kepada sahabat lama saya, Aziz Sheikh Fadzir dan orang ketiga ialah Datin Sri Siti Hasmah.
Apa yang menghairankan saya ialah dari mana Anwar Ibrahim mendapatkan rambut palsu ini. Tidak mungkin rambut palsu ini dibeli oleh Anwar kerana Anwar sendiri tidak botak. Rambut palsu biasanya tidak akan dijual kepada mereka yang tidak botak.
Apakah Anwar meminjam dari abang kepada sahabat saya itu? Tidak mungkin. Ini kerana abang kepada sahabat saya ini cukup glamour. Beliau tidak ingin dilihat botak oleh media dan pelancong luar negara. Begitu juga dengan Samy Vellu. Sebagai seorang Menteri tidak mungkin beliau akan meminjamkan rambut palsunya. Mana ada kelas. Malah, apabila saya perhatikan dengan teliti kepala Samy Vellu tidak sama besarnya dengan kepala Anwar Ibrahim.
Rambut palsu
Maka, yang tinggal ialah rambut palsu Datin Siti Hasmah. Di sini kisah X rambut palsu ini menjadi lebih pelik. Dari laporan akhbar, beberapa minit setelah Anwar ditangkap, Datin Sri Dr Wan Azizah telah memandu kereta keluar dari Bukit Damansara. Ke mana tujuan Dr Wan Azizah?
Di sini kisah X ini semakin kabur dikaburkan oleh desas-desus bahawa Dr Wan Azizah telah pergi menemui Dr Siti Hasmah. Apakah Dr Wan Azizah telah pergi memulangkan rambut palsu yang telah dipinjam oleh Anwar? Hingga ke hari ini, saya masih tercari-cari di manakah perginya rambut palsu yang dipakai oleh Anwar semasa menyeludup masuk ke bilik hotel di PJ Hilton itu?
Dalam semua kisah-kisah pelik lagi memelikkan ini, pada anggapan saya yang paling X sekali ialah tentang video Anwar yang sedang 'geng bang'. Saya ini agak segan untuk mengakui diri saya sebagai insan peminat porno. Tetapi hakikatnya koleksi porno saya memang banyak. Dari buku, majalah, gambar, filem 8mm, video hinggalah ke VCD dan DVD semuanya saya kumpulkan.
Koleksi porno VCD dan DVD saya, jika disusun membujur satu persatu pasti telah mencecah tiga tingkat bangunan. Dari zaman sekolah rendah lagi saya memang bercita-cita untuk mecatatkan nama dalam Malaysian Guiness Book of Record sebagai pemilik VCD porno yang terbanyak sekali di Malaysia.
Jadi, apabila saya terbaca tentang kewujudan video X Anwar ini, saya terus memasang kaki untuk mendapatnya. Sebagai seorang peminat filem porno, video Anwar ini pasti akan menjadi klasik seperti filem-filem I am Curious Yellow, Thundercrack, Caf Flesh dan Sembilu.
Seperti Saddam Hussein, saya telah memasang mukhabarat - mata-mata di setiap pelusuk untuk mencari video X ini. Ejen-ejen saya telah memasang telinga dari warung-warung hingga ke Bursa Saham Kuala Lumpur. Ejen-ajen saya hanya pulang membawa maklumat bahawa 'ada orang yang telah mendengar cerita si anu dan si anu telah menonton video X ini'.
Koleksi peribadi
Tetapi ejen-ejen saya tidak pernah menemui orang yang telah menonton video ini sendiri. Saya gagal untuk mendapat video ini sebagai tambahan koleksi peribadi. Pernah saya diberitahu oleh bekas calon bebas ahli parlimen Bukit Bintang, bahawa dia telah mendengar cerita dari kawan baiknya, seorang wanita kenamaan yang bersahabat baik dengan Datin Paduka Zaleha.
Menurut surah, dua orang perempuan ini telah sama-sama menonton video X ini. Tetapi ini hanya cerita dari mulut seorang yang gagal untuk menjadi YB. Tetapi beliau sendiri tidak pernah menonton video itu...
Paling hampir saya dengan video X ini ialah apabila saya diberitahu bahawa seorang murid tua MCKK yang juga cucu kepada Sultan Kelantan telah pernah menonton dan memiliki video X ini. Melalui jaringan MCKK, saya telah dapat mengesan cucu Sultan Kelantan ini. Ha..ha..ha ini betul sebuah cerita X . Video ini rupa-rupanya telah dihantar ke London. Kenapa? Mengapa? Untuk apa video X ini dihantar ke London sampai hari ini tidak saya temui jawapan.
Saya menimbulkan kembali perkara-perkara X ini bukan tujuan untuk memastikan diri saya akan dijadikan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat kawasan Bangsar. Kalau saya ada menyimpan cita-cita untuk menjadi YB, saya akan membuka satu cawangan PKR yang baru bukan di Bangsar tetapi di Munich, Jerman. Rasa saya, peluang saya menjadi YB lebih menjanjikan jika saya aktif berpolitik di Munich.
Secara menimbulkan kisah-kisah X ini kerana saya rasa masih banyak perkara-perkara yang masih belum selesai. Saya tidak bersetuju dengan anggapan bahawa yang lalu itu biarkan berlalu. Dalam hal ini saya tidak ingin memiliki sifat 'tidak apa Melayu'. Dalam hal-hal serius yang mengancam negara seperti kewujudaan video porno, saya akan bersifat Mat Salleh - menyelidik dan mengkaji sesuatu fenomena sehingga saya mendapat jawapan.
Reformasi X
Saya merasakan pencarian X saya ini samalah seperti yang telah dirasakan oleh Dr Hans Blix yang ditugaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencari 'weapons of mass destruction' di Iraq. Apa yang ditemui beliau hanyalah 'weapons of mass deception'. Pembohongan demi pembohongan.
Cerita di atas cerita. Pemutaran belitan fakta. Semuanya bertujuan untuk mengolah persetujuan orang ramai. Senjata Pembunuh Massa bertujuan untuk memerangkap rakyat dunia agar bersetuju untuk menyerang Iraq. Kisah-kisah Reformasi X ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat agar negara ini terus dapat dirompak oleh kroni-kroni Mahathir Mohamad.
Untuk saya mencari Reformasi X ini samalah seperti mencari hantu. Saya selalu mendengar cerita dan labunan tentang si anu dan si polan bertemu hantu.
Sayangnya bukan orang yang bersurah dengan saya itu yang menemui hantu itu, tetapi kawannya. Saya belum pernah dan masih becita-cita untuk bertemu dengan hantu. Saya masih mencari orang yang dapat menemukan saya dengan hantu-hantu ini.
Kalau dapat saya betul-betul ingin bertemu dengan hantu kopek. Dari apa yang saya difahamkan, payudara hantu kopek amat besar - sebesar bantal kerana itulah namanya hantu kopek. Mungkin di bawah kopek hantu inilah tersimpannya rekod salinan visa Senorita dari Mexico, rambut palsu Anwar, nama dan alamat gadis India yang betisnya berbulu.
Untuk menambahkan lagi koleksi VCD porno adalah lebih baik saya duduk minum di Bangsar Talawi. Tidak lebih dari sepuluh minit pasti ada penjaja yang akan datang ke meja saya. Mungkin tersilap hari bulan saya akan bertemu dengan video X Anwar atau VCD Reformis Terlampau. Ini surah dari saya seorang perawi VCD porno yang saheh.

