Kebebasan Anwar permulaan baik bagi bidang kehakiman
Published: Sep 2, 2004 9:21 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Wartawan veteran Said Zahari menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai menandakan 'satu permulaan yang baik' dalam untuk usaha memulih semula imej kehakiman di negara ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Said berkata, keputusan mahkamah membenarkan rayuan Anwar itu juga turut 'membersihkan sebarang rasa ragu dan curiga' terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu, di samping 'memulihkan' keadilan kepadanya.
Selama ini, katanya, beliau melihatkan hukuman ke atas Anwar itu sebagai satu tragedi kepada rakyat Malaysia kerana ianya turut "dipertikai dan dikutuk' oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Suruhanjaya Kehakiman Antarabangsa, sebuah pertubuhan yang dianggotai peguam dan hakim kanan dari seluruh dunia.
Pak Said ditahan pada 1963 dan dipenjara selama 17 tahun tanpa dibicarakan di Singapura kerana didakwa, antaranya, sebagai 'seorang komunis'.
Sejurus sebelum beliau ditahan, Pak Said merupakan ketua pengarang akhbar Utusan Melayu dan mengepalai wartawannya yang melancarkan mogok menentang pengambilan alih akhbar tersebut oleh Umno.
Dalam satu keputusan yang dianggap 'mengejutkan" hari ini, Mahkamah Persekutuan mahkamah tertinggi di negara ini membebaskan Anwar selepas membenar rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan liwat.
Tiga penal hakim itu memberi keputusan 2-1 apabila Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membenarkan rayuan Anwar manakala hakim Datuk Paduka Rahmah Hussein menolaknya.
Tersilap
Pada 8 Ogos 2000, Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja bersalah meliwat bekas pemandu keluar Anwar, Azizan Abu Bakar.
Permohonan mereka kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 April tahun lalu.
Anwar yang kini berusia 57 tahun telahpun selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan kini sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.
Anwar merayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kedua-dua kesalahan tersebut dengan alasan perbicaraan di Mahkamah Tinggi empat tahun lalu, tidak dijalankan secara adil.
Menurut Hakim Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar dan Sukma
Di samping itu, katanya, terdapat keterangan saksi utama pihak pendakwa, Azizan Abu Bakar juga tidak disokong.
Sementara itu, bekas Wakil Khas PBB mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam, Param Cumaraswamy turut mengalu-alukan keputusan mahkamah hari ini.
"Akhirnya kita mendapat keadilan," katanya, ketika ditemui di luar dewan mahkamah.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Said berkata, keputusan mahkamah membenarkan rayuan Anwar itu juga turut 'membersihkan sebarang rasa ragu dan curiga' terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu, di samping 'memulihkan' keadilan kepadanya. Selama ini, katanya, beliau melihatkan hukuman ke atas Anwar itu sebagai satu tragedi kepada rakyat Malaysia kerana ianya turut "dipertikai dan dikutuk' oleh masyarakat antarabangsa, termasuk Suruhanjaya Kehakiman Antarabangsa, sebuah pertubuhan yang dianggotai peguam dan hakim kanan dari seluruh dunia.
Pak Said ditahan pada 1963 dan dipenjara selama 17 tahun tanpa dibicarakan di Singapura kerana didakwa, antaranya, sebagai 'seorang komunis'.
Sejurus sebelum beliau ditahan, Pak Said merupakan ketua pengarang akhbar Utusan Melayu dan mengepalai wartawannya yang melancarkan mogok menentang pengambilan alih akhbar tersebut oleh Umno.
Dalam satu keputusan yang dianggap 'mengejutkan" hari ini, Mahkamah Persekutuan mahkamah tertinggi di negara ini membebaskan Anwar selepas membenar rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan liwat. Tiga penal hakim itu memberi keputusan 2-1 apabila Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membenarkan rayuan Anwar manakala hakim Datuk Paduka Rahmah Hussein menolaknya.
Tersilap
Pada 8 Ogos 2000, Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja bersalah meliwat bekas pemandu keluar Anwar, Azizan Abu Bakar.
Permohonan mereka kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 April tahun lalu.
Anwar yang kini berusia 57 tahun telahpun selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan kini sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.
Anwar merayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kedua-dua kesalahan tersebut dengan alasan perbicaraan di Mahkamah Tinggi empat tahun lalu, tidak dijalankan secara adil.
Menurut Hakim Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar dan Sukma
Di samping itu, katanya, terdapat keterangan saksi utama pihak pendakwa, Azizan Abu Bakar juga tidak disokong.
Sementara itu, bekas Wakil Khas PBB mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam, Param Cumaraswamy turut mengalu-alukan keputusan mahkamah hari ini. "Akhirnya kita mendapat keadilan," katanya, ketika ditemui di luar dewan mahkamah.
View Comments0