Anwar Ibrahim bebas!
Published: Sep 2, 2004 5:23 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengecapi kebebasan hari ini apabila Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan dan hukuman liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi empat tahun lalu.

Dua daripada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membenarkan rayuan Anwar terhadap hukuman tersebut. Seorang lagi penal ialah hakim Datuk Paduka Rahmah Hussein.
Berikutan itu, Anwar dibebaskan selepas lima tahun berjuang melalui mahkamah untuk mengenepikan kedua-dua sabitan dan hukuman bagi kesalahan salahguna kuasa dan liwat.
Anwar yang kini berusia 57 tahun telahpun selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan kini sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.
Manakala adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak tahun juga akan dibebaskan.
Menurut Hakim Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar.
Di samping itu, katanya, terdapat keterangan saksi utama pihak pendakwa, Azizan Abu Bakar, juga yang tidak disokong.
"Kami tidak mengatakan Azizan adalah seorang pembohong tetapi dia bukanlah seorang saksi sepertimana yang dikatakan oleh mahkamah rendah," katanya.
Rakan pelakuan
"Dia tidak boleh dianggap berwibawa kerana dia telah memberi tiga tarikh membabitkan tiga tahun yang berlainan (mengenai bila perbuatan liwat yang didakwa itu berlaku).
Malah, katanya, Azizan juga merupakan rakan pelakuan dalam perbuatan yang didakwa itu kerana tiada terdapat bukti-bukti yang dia membantah.
Tengku Baharudin juga membenarkan rayuan Anwar, manakala Rahmah dalam keputusannya menolak rayuan tersebut.
Sebaik sahaja mendengar keputusan tersebut, Anwar menguntum senyuman sambil memaling ke arah anggota keluarganya.
Manakala di luar mahkamah, para penyokong Anwar juga berpelukan sambil melaung tanda kegembiraan mereka berikutan keputusan tersebut.
Mereka berkumpul di halaman Istana Keadilan di Putrajaya seawal 7 pagi tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.
Ada di kalangan penyokong Anwar yang membawa sepanduk berbunyi 'Bebaskan Anwar' manakala yang lainnya melaungkan slogan reformasi. Anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), mengawal di sekitar kawasan berkenaan.
Diplomat asing
Juga kelihatan hadir ialah sebilangan diplomat asing dan pemerhati antarabangsa. Wartawan malaysiakini bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke dewan mahkamah kerana tidak memiliki pas akhbar rasmi yang keluarkan oleh pihak kerajaan.
Anwar dijangka melepas ke Munich, Jerman minggu ini untuk menjalani pembedahan segera terhadap kecederaan tulang belakang yang dialaminya, yang menurutnya telah bertambah teruk selepas dibelasah oleh polis sewaktu dia ditangkap pada 1998.
Anwar tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan bantuan kerusi roda. Dia dibawa ke Putrajaya dengan sebuah ambulans dari Hospital Kuala Lumpur di mana Anwar sedang menjalani rawatan bagi sakit belakang sejak 12 Julai lalu.
Sebelum ini, tarikh mengumumkan keputusan terhadap rayuan Anwar itu sudah dua kali ditangguhkan.
Khabar angin
Anwar merayu terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan meliwat dengan alasan perbicaraan di Mahkamah Tinggi empat tahun lalu, tidak dijalankan secara adil.
Pada 8 Ogos 2000, Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan adik angkatnya, Sukma bersalah meliwat bekas pemandu keluar Anwar, Azizan. Permohonan mereka kepada Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 April tahun lalu.
Sementara itu, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana menurutnya, tidak campurtangan dalam bidang kehakiman.
Menurut Anwar lagi, Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak akan melakukan perubahan-perubahan penting sepertimana yang diperkenalkan oleh Abdullah sekarang.
Beliau juga menafikan khabar angin mengenai rundingan sulit dengan Abdullah sehingga membawa kepada pembebasannya hari ini.
Dua daripada tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membenarkan rayuan Anwar terhadap hukuman tersebut. Seorang lagi penal ialah hakim Datuk Paduka Rahmah Hussein.
Berikutan itu, Anwar dibebaskan selepas lima tahun berjuang melalui mahkamah untuk mengenepikan kedua-dua sabitan dan hukuman bagi kesalahan salahguna kuasa dan liwat. Anwar yang kini berusia 57 tahun telahpun selesai menjalani hukuman enam tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan kini sedang menjalani hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.
Manakala adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak tahun juga akan dibebaskan.
Menurut Hakim Abdul Hamid, Mahkamah Tinggi telah tersilap dalam mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar.
Di samping itu, katanya, terdapat keterangan saksi utama pihak pendakwa, Azizan Abu Bakar, juga yang tidak disokong.
"Kami tidak mengatakan Azizan adalah seorang pembohong tetapi dia bukanlah seorang saksi sepertimana yang dikatakan oleh mahkamah rendah," katanya.
Rakan pelakuan
"Dia tidak boleh dianggap berwibawa kerana dia telah memberi tiga tarikh membabitkan tiga tahun yang berlainan (mengenai bila perbuatan liwat yang didakwa itu berlaku).
Malah, katanya, Azizan juga merupakan rakan pelakuan dalam perbuatan yang didakwa itu kerana tiada terdapat bukti-bukti yang dia membantah.
Tengku Baharudin juga membenarkan rayuan Anwar, manakala Rahmah dalam keputusannya menolak rayuan tersebut.
Sebaik sahaja mendengar keputusan tersebut, Anwar menguntum senyuman sambil memaling ke arah anggota keluarganya.
Manakala di luar mahkamah, para penyokong Anwar juga berpelukan sambil melaung tanda kegembiraan mereka berikutan keputusan tersebut.
Mereka berkumpul di halaman Istana Keadilan di Putrajaya seawal 7 pagi tadi untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.
Ada di kalangan penyokong Anwar yang membawa sepanduk berbunyi 'Bebaskan Anwar' manakala yang lainnya melaungkan slogan reformasi. Anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), mengawal di sekitar kawasan berkenaan.
Diplomat asing
Juga kelihatan hadir ialah sebilangan diplomat asing dan pemerhati antarabangsa. Wartawan malaysiakini bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke dewan mahkamah kerana tidak memiliki pas akhbar rasmi yang keluarkan oleh pihak kerajaan.
Anwar dijangka melepas ke Munich, Jerman minggu ini untuk menjalani pembedahan segera terhadap kecederaan tulang belakang yang dialaminya, yang menurutnya telah bertambah teruk selepas dibelasah oleh polis sewaktu dia ditangkap pada 1998. Anwar tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan bantuan kerusi roda. Dia dibawa ke Putrajaya dengan sebuah ambulans dari Hospital Kuala Lumpur di mana Anwar sedang menjalani rawatan bagi sakit belakang sejak 12 Julai lalu.

View Comments0