KeADILan gagal tampung reformasi
Khalid JaafarPublished: May 14, 2001 3:13 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Apabila bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, daripada Parti KeADILan Nasional kepada Parti KeADILan Rakyat, atau apa saja nama baru yang disepakati oleh kedua-dua pihak, percantuman tersebut bukan sekadar pertukaran nama, simbol atau perkongsian jawatan.
Yang perlu dilihat daripada pencantuman tersebut ialah pembentukan haluan tengah dalam proses politik di Malaysia. Yang perlu dilahirkan dari percantuman adalah tunjang kukuh yang menjadi asas kepada pembentukan haluan baru, satu gagasan yang dapat menangkap daya imaginasi rakyat.
Hanya perkara ini yang relevan bagi rakyat: kemampuan gabungan itu untuk mengangkat persoalan rakyat, isu yang diabaikan oleh Barisan Nasional.
KeADILan terbentuk sebagai salah satu manifestasi daripada gerakan Reformasi. Namun KeADILan seperti yang ada sekarang belum dapat sepenuhnya menjelmakan potensi reformasi dalam arena politik.
Ramai yang terlibat dalam gerakan tersebut merasakan KeADILan belum dapat menampung keseluruhan semangat reformasi. Masih terdapat ramai orang reformasi di luar parti itu yang masih boleh digerakkan dalam arena politik.
KeADILan dibentuk untuk menjadi wadah perjuangan politik pelbagai kaum tetapi selagi ia belum disertai oleh bangsa bukan Melayu secara besar-besaran, sifat majmuk atau pluralisme hanya akan tinggal sebagai satu hasrat dan tidak menjadi satu kenyataan.
Kehadiran Melayu yang terlalu dominin akan menjadikan KeADILan sebuah parti saingan kepada PAS, sekurang-kurangnya dari segi keahlian. Maka KeADILan mungkin menjadi seperti parti Gerakan - meskipun dasarnya dibentuk atas prinsip majmuk tetapi pada kenyataannya ia sebuah parti untuk kaum Cina.
Dalam politik, dasar bukanlah sesuatu yang mutlak untuk menjamin sokongan. Cara bergerak dan juga penampilan akan membentuk tanggapan. Pada pandangan ramai, tanggapan inilah dasar parti tersebut.
Apa yang terdapat dalam KeADILan hari ini ialah kepelbagaian yang wujud dalam suatu bangsa Malaysia - bangsa Melayu melalui latar belakang Umno, pergerakan Islam seperti Abim atau JIM dan juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Kehadiran Tian Chua, Goh Keat Ping, Irene Fernandez, Gobalakrishnan dan Dr. Xavier Jayakumar dalam barisan pimpinan sudah pun memberikannya imej majmuk, tetapi masih perlu diperkuatkan pada pimpinan peringkat negeri dan juga bahagian.
Melalui percantuman dengan PRM, banyak perkara berkaitan boleh diselesaikan. KeADILan mempunyai sokongan yang cukup kuat, tetapi tekanan daripada pemerintah menyebabkan tidak ramai yang berani kedepan untuk memegang jawatan.
Percantuman itu bukan sekadar menambah bilangan pemimpin bukan Melayu seperti Sivarasa Rasiah, Sheryll Stothart dan aktivis-aktivis hak asasi manusia seperti Elizabeth Wong atau Cynthia Gabriel dan ramai lagi.
Yang lebih penting ialah dengan citra baru, KeADILan-PRM akan mendorong kemasukan secara beransur-ansur penyokong-penyokong daripada bangsa Cina, India dan suku kaum di Sabah dan juga di Sarawak dalam KeADILan.
Potensi yang ada pada KeADILan sekarang cukup kuat tetapi yang penting ialah menjelmakan potensi tersebut. Untuk mencapai hasrat ini, perlu ada langkah politik - pencantuman kedua-dua buah parti ini diharapkan mencapai maksud tersebut.
Ada aktivis KeADILan yang memandang PRM sebagai sebuah parti kecil. Tetapi kita jangan lupa beberapa tokoh dalam PRM yang cukup terkenal sudah cukup menjadikannya sebuah parti yang bernilai. Individu-individu ini membawa perbedaan.
Kita jangan lupa bahawa Anwar Ibrahim menyertai Umno berseorangan dan kemasukan itu merupakan satu peristiwa yang paling besar bagi Umno dalam tahun 80-an. Penyertaan beliau membawa satu perubahan mood dan tarikan baru kepada Umno.
Golongan berpendidikan dan juga yang terlibat dalam gerakan Islam yang sebelumnya mencemuh dan memandang sinis kepada Anwar akhirnya melihat Umno salah satu pilihan yang munasabah.
Maka, kita perlu melihat hal yang sama pada Dr Syed Husin Ali, Dr. Sanusi Osman, Sivarasa, Hasan Karim, Abdul Razak Ahmad dan lain-lain.
Sebagai bekas ahli akademik, Dr. Syed Husin dan Dr. Sanusi mempunyai rangkaian anak murid dari pelbagai kaum yang sebahagian besarnya meluat dengan BN dan kerajaan.
Mereka ini bersedia untuk menjadi aktivis politik dengan syarat parti tersebut disifatkan mempunyai potensi untuk menewaskan BN, majmuk dan memiliki pandangan progresif.
Kehadiran tokoh-tokoh PRM dalam gabungan ini akan menjadikan KeADILan suatu pilihan yang cukup menarik kepada bangsa-bangsa lain.
Yang lebih penting dan pasti akan muncul daripada pencantuman tersebut ialah pembentukan satu gagasan politik yang diharapkan dapat merangsang selera politik rakyat. Rakyat Malaysia sedang dahagakan satu gagasan politik baru yang mewakili hasrat terpendam dan cita-cita kerakyatan mereka.
Barisan Nasional tidak punyai sebarang gagasan. Atau, gagasannya sudah tidak dapat menarik selera rakyat. Tiada siapa yang berselera untuk mendengar ungkapan seperti 'persyarikatan Malaysia' atau 'wawasan 2020.'
Kedua-dua ungkapan tersebut dicipta oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad tetapi penciptanya sudah menjadi sumber kebencian dan penyokongnya sekadar memuaskan rasa takut.
Malaysia ketandusan suatu gagasan untuk memenuhi kawasan tengah dalam arus perdana politik. Perspektif rakyat tidak lagi meletakkan BN sebagai kawasan tengah tersebut.
Parti itu hanya terus menduduki kawasan tengah melalui kekuasaan polis, penipuan dan propaganda kotor yang disebarkan oleh media massa yang tidak memiliki maruah.
Dalam konteks sekarang, hanya wawasan reformasi dapat menduduki kawasan tengah tersebut. Hanya reformasi memerlukan wadah yang cukup didukungi oleh massa untuk mendapat tempat tersebut.
Bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim, KHALID JAAFAR kini merupakan Naib Pengerusi Perhubungan KeADILan Melaka dan juga Ketua Bahagian KeADILan Batu Berendam.

View Comments0