Gabungan KeADILan-PRM dibincang Jun
'Ein AzmiPublished: May 13, 2001 7:11 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Dua parti yang menyertai Barisan Alternatif akan membincangkan isu penggabungan dalam mesyuarat agung masing-masing pertengahan bulan depan.
Isu antara Parti Rakyat Malaysia dan Parti KeADILan Nasional itu yang bermula selepas pilihan raya umum lalu dipercayai akan diputuskan tanpa sebarang masalah jika perbincangan awal dapat diselesaikan.
"Usul yang akan dibincang secara mendalam ialah tentang cadangan mengadakan kerjasama lebih erat atau percantuman dengan Parti Keadilan Nasional," kata Setiausaha Agung PRM, Dr Sanusi Osman kepada malaysiakini tengah hari tadi.
Menurut Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, partinya akan mengambil langkah yang sama ketika mesyuarat agung keduanya.
Mesyuarat agung tahunan PRM dimulakan dengan Kongres Pemuda pada 10hb Jun ini dan akan dirasmikan oleh Timbalan Presidennya, Abdul Razak Ahmad. Manakala hari berikutnya Kongres Nasional dirasmikan oleh Presiden, Dr. Syed Husin Ali di Hotel Grand Olympia Kuala Lumpur.
KeADILan pula menetapkan persidangan agung pada 16 hingga 18 Jun di Wisma Ungku Aziz, Kelana Jaya yang dijalankan secara terbuka kepada semua ahli parti. Sebelum ini mesyuarat agung parti hanya dijalankan secara tertutup di peringkat pucuk pimpinan parti itu.
Parti yang dilancarkan pada 4 April tahun lalu akan menggantikan perlembagaan parti lama, Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan), yang telah diambilalih daripada, jelas Naib Presiden itu lagi.
Apabila ditanya berhubung pindaan dalam perlembagaan parti itu, Tian Chua menjelaskan pindaan tersebut bagi menggantikan perlembagaan lama yang tidak sesuai dengan "aspirasi baru" KeADILan.
Kedua-dua parti itu menjelaskan tidak ada sebarang pemilihan yang baru dalam mesyuarat agung kali ini.

View Comments0