Kumpulan pelajar Islam memenangi semua kerusi dalam pilihanraya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang diadakan semalam. Kumpulan 'Islam Penyelamat Ummah' (IPU) menguasai 51 kerusi, termasuk 42 peringkat fakulti, mengalahkan 'Tindakan Siswa Bersatu' (TSB).

Kemenangan ini merupakan penguasaan kumpulan itu selama lima tahun berturut-turut sejak 1996 lagi. IPU kali ini disokong oleh beberapa kumpulan pelajar Islam dengan sokongan pelajar Cina yang dikenali Jawatankuasa Cina Masyarakat Pelajar (CCC) dan pelajar India (Persatuan Agama Hindu).

Keputusan rasmi diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor HEP, Profesor Datuk Dr Mohd Salleh Mohd Yassin jam 1:30 pagi tadi.

[Laporan lanjut selepas ini]