Satu parti: BN belum sedia
'Ein AzmiPublished: May 11, 2001 10:16 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Parti-parti komponen dalam Barisan Nasional masih belum bersedia bergabung menjadi satu parti berbilang kaum dengan alasan matlamat itu sukar dicapai dan usaha itu mengambil masa yang panjang.
Cadangan membubarkan semua parti komponen BN dan kemudiannya menubuhkan satu parti dikemukakan oleh Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Chang Ko Youn seperti dilaporkan The Sun hari ini.
Beliau mencadangkan sedemikian sebagai menyokong kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad bahawa jawatan Perdana Menteri bukan hanya khusus kepada kaum Melayu.
Menurut laporan itu, Chang berkata selepas 42 tahun mencapai kemerdekaan, pemimpin BN perlu menumpukan kepada bangsa Malaysia dan menjauhi pengenalan parti berdasarkan kaum.
Bagaimanapun, tinjauan malaysiakini hari ini mendapati beberapa pemimpin utama parti komponen BN menolak saranan itu.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Nazri Abdul Aziz, tidak menyokong cadangan itu dengan alasan setiap kaum mempunyai keistimewaan tertentu seperti "termaktub di dalam perlembagaan Malaysia."
Sementara wakil rakyat Serdang, Datuk Yap Pian Hon berkata, saranan itu tidak boleh dilaksanakan kerana tiga kaum terpenting - Melayu, Cina dan India - sudah lama wujud di negara ini.
"Masanya belum sampai (untuk mewujudkan satu BN) kecuali terdapat bangsa Malaysia yang tulen," kata bekas Naib Presiden MCA itu, mengulas kewujudan parti-parti pelbagai kaum dalam pakatan itu.
Tambahnya, usaha membentuk satu parti perlu berjalan secara "semula jadi" dan akan memakan masa yang panjang.
Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib pula berkata, idea tersebut masih tidak berjaya diamalkan selagi sesuatu kaum tertentu menguasai parti.
Beliau memberikan contoh DAP, Parti KeADILan Nasional dan Gerakan sendiri yang asalnya berhasrat berperanan sebagai parti berbilang kaum tetapi masih dikuasai oleh kaum tertentu.
Sementara Setiausaha Wanita MIC, Kamala Ganapathy, bersetuju parti-parti komponen BN dikekalkan kerana selama ini telah wujud persefahaman dan kerjasama yang erat dalam parti itu.
"BN merupakan parti berbilang kaum kerana terdapat 14 parti komponen," katanya.

View Comments0