Lari landasan akan dikritik
Fuziah SallehPublished: May 11, 2001 9:40 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Kemelut politik yang melanda negara kita ekoran penganiayaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuka lembaran baru dalam sejarah politik tanahair.
Kita menyaksikan sebahagian besar rakyat marhain bangkit untuk membantah kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku. Rakyat yang dahulunya tidak mengambil kisah dan agak complacent kini telah berubah dan berani menyatakan kebenaran sebagai kebenaran dan kemungkaran sebagai kemungkaran.
Mereka yang sebelumnya tidak berminat terhadap politik telah terpanggil untuk kedepan menyahut seruan memartabatkan kebenaran. Mereka tidak rela negara yang dicintai ini bergelumang dengan segala bentuk kepincangan dan kezaliman.
Kita menyaksikan berbagai-bagai bentuk penzahiran ketidakpuasan hati sama ada dalam bentuk demonstrasi, perbualan, perbincangan, penulisan dan laman-laman web reformasi telah tumbuh macam cendawan.
Aspirasi dan harapan rakyat ini akhirnya mencetuskan Parti KeADILan Nasional. Dengan penuh rendah diri, kita semua dari parti ini akan berusaha untuk memikul harapan yang sungguh besar ini.
Perjuangan ini adalah perjuangan rakyat. Biarlah hakikat ini kita sedari dan hayati. Kita akan bersama dengan rakyat yang inginkan perubahan ke arah mewujudkan sistem pemerintahan yang lebih adil, saksama, telus, berprinsip dan bermaruah.
Rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada tempat untuk kronisme dan nepotisme dalam negara ini. Penghayatan idea ini juga akan kita amalkan dalam pengurusan dan hala tuju KeADILan yang kita sayangi ini.
Menjadi tanggungjawab kepimpinan dalam parti ini untuk terus menjayakan agenda perubahan dan merealisasikan idealisme perjuangan dan harapan ahli yang begitu besar terhadap parti. Pengharapan yang besar ini tentunya menjadi dorongan dan motivasi kepada pimpinan parti untuk menterjemahkannya dalam tindak-tanduk yang diingini oleh ahli.
Pemimpin dan ahli perlulah bertindak senada dan seirama dalam perjuangan. Yang penting, matlamat menegakkan keadilan dan membanteras penyelewengan seharusnya tercapai dalam perjuangan alaf baru yang berprinsip dan bermaruah.
Ketelusan dalam organisasi memerlukan komitmen yang tinggi. Rakyat yang mengharap sentiasa memerhatikan kita. Sedikit pelencongan daripada landasan suci perjuangan akan menyaksikan kita ditegur dan diberi ingatan.
Kita tidak boleh lari daripada hakikat ini, dari itu biarlah kita sentiasa prihatin dan peka dengan kehendak dan aspirasi rakyat serta ahli parti kita.
Kita sebagai pemimpin parti perlulah menyiapkan diri dengan disiplin dan keupayaan berorganisasi. Jika sudah sampai waktunya untuk kita memberi laluan kepada mereka yang lebih berwibawa, maka sewajarnya mengundurkan diri. Perjuangan penting didahulukan.
Kini KeADILan muncul dengan membawa idealisme perjuangan yang dapat memenuhi cita rasa pelbagai kaum dan pelbagai orientasi kumpulan terutamanya golongan muda.
Dalam pilihan raya kecil Telok Kemang baru-baru ini, kita telah menyaksikan kerjasama pelbagai kaum itu untuk menegakkan keadilan dan memerangi kezaliman.
Keputusan pilihan raya itu membuktikan KeADILan mampu menggerunkan, menggugat dan seterusnya menggulingkan Barisan Nasional pada masa depan.
Walaupun kekurangan sumber dan kakitangan, di samping serangan-serangan jahat dan taktik kotor pihak lawan, kita telah membuktikan bahawa KeADILan masih ada uuummph, masih bertahan, dan masih menyengat.
Malah, kita akan buktikan kepada semua bahawa kekuatan kita akan bertambah hari demi hari.
Sedutan ucapan dasar Pergerakan Wanita KeADILan, FUZIAH SALLEH, ketika merasmikan konvensyen wanita pada 15 Jun 2000 di Kelana Jaya, Selangor. Ia diterbitkan di sini sebagai satu rakaman siri ucapan penting politik nasional.
Siri ucapan pemimpin politik:

View Comments0