Bulan purnama malap lagi di Kuala Berang?
Mampukah sinar bulan purnama meredakan gelombang biru di Kuala Berang kali ini? Akan berlakukah kejutan atau status quo akan kekal? Para penyokong PAS berdoa akan berlaku kejutan yang memihak kepada calon mereka. Bagi Umno pula, mereka mengharap DUN Kuala Berang tidak bertukar milik setelah lima bulan dirampas semula dari PAS.
Senario pilihanraya umum Mac lalu menyaksikan sinaran bulan purnama malap di Terengganu. Gelombang biru terlalu kuat melanda hingga semua pemimpin utama PAS Terengganu, lemas di gelanggang sendiri.
Mungkinkah dalam tempoh lima bulan ini gelombang itu sudah reda atau semakin kuat setelah Menteri Besar Datuk Idris Jusuh membuktikan kepimpinan yang berkesan. Ramai pemerhati politik berpendapat harapan PAS untuk merampas semula Kuala Berang amat tipis.
Mereka yakin, kemenangan Umno Mac lalu dengan majoriti 1,695 undi di DUN Kuala Berang akan dapat dipertahankan, malah mungkin ditingkatkan kerana Hulu Terengganu adalah kubu tradisi parti itu.
Sepanjang sejarah politik negeri tersebut, DUN Kuala Berang hanya jatuh ke tangan PAS sebanyak dua kali pada 1974 dan 1999. Malah pada pilihanraya umum lalu, Umno memenangi kesemua 10 peti undi dan undi pos di Kuala Berang, termasuk di kubu kuat PAS di Kampung Tanggul dengan kelebihan 32 undi (Umno 360/PAS 328). Bagi peti-peti undi yang lain, Umno memperoleh majoriti undi yang besar.

Dengan jumlah pemilih berdaftar seramai 11,430 orang kali ini berbanding 11, 537 orang sewaktu pilihanraya umum lalu, Barisan Nasiona/Umno yakin corak pengundian tidak akan berubah.
Tiada isu besar
Pemimpin Umno Terengganu optimis pengundi akan terus memangkah dacing kerana dalam tempoh lima bulan ini, bukan sahaja wakil rakyat mereka, Allahyarham Komruddin Abdul Rahman telah bekerja dengan baik tetapi kerajaan negeri telah menunjukkan komitmen dan keikhlasan untuk menunaikan segala janji pilihanraya.
Penyelaras pilihanraya kecil DUN Kuala Berang, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah menegaskan bahawa tiada ruang untuk parti pembangkang kali ini kerana tiada isu yang boleh dijadikan modal berkempen.
Kata-kata beliau itu ada benarnya. PAS memang ketandusan isu. Apa isu nasional yang hendak dijual? Islam Hadhari? Itu bukan isu lagi. Ia sudah diterima baik oleh rakyat termasuk pengundi di Terengganu.
Kalau ia cuba dibangkitkan sekali lagi, mudah akan dipatahkan oleh Umno dengan mengemukakan layanan baik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika diserang penyakit jantung sebagai sebahagian daripada konsep Islam Hadhari. Konsep berbaik sesama insan tanpa mengira parti dan agama. Islam yang bertamadun dan berperadaban.
Ada desas-desusu mengatakan para tukang kempen PAS akan mengeksploitasi kenyataan terbaru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai fatwa baru-baru ini sebagai modal berkempen. Kenyataan awal Perdana Menteri yang mahukan fatwa lama dikaji semula selari dengan perkembangan zaman, mahu digembar-gemburkan sebagai sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Bagaimanapun, para pemimpin Umno Terengganu sudah bersedia untuk menghadapi isu itu dengan hujah-hujah konkrit. Malah, penjelasan Datuk Seri Abdullah sehari selepas kenyataannya disalahlapor oleh media arus perdana, telah mematikan terus isu tersebut.
Projek lebuhraya
PAS mungkin terpaksa mengorek isu-isu setempat, mencari kelemahan kerajaan Terengganu. Membangkitkan isu tanah yang berkait rapat dengan projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT ) dan lapangan terbang baru Terengganu yang dicadangkan dibina di Hulu Terengganu.
Projek LPT mungkin menjadi isu kecil setelah kerajaan negeri mengubah jajaran lalauan tersebut daripada merentasi kawasan pedalaman, ke tepi pantai. Perubahan jajaran itu mungkin mengecewakan sedikit penduduk Hulu Terengganu yang sebelum ini mengharapkan lebuhraya itu akan mengubah nasib mereka.
Sikap kerajaan negeri yang masih tidak pasti mengenai pelaksanaan projek lapangan terbang baru, juga akan dijadikan modal untuk memancing undi. Mungkin penduduk daerah itu sendiri akan menggunakan kesempatan ini untuk menuntut kepastian daripada Datuk Idris Jusoh.
Walaupun laluan bagi Umno di Kuala Berang nampak mudah dan cerah, namun mereka tidak boleh terlalu yakin. PAS mempunyai sejarah mencatatkan kejutan di Terengganu. Pada era Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dahulu, PAS pernah membuat kejutan dengan memenangi pilihanraya kecil DUN Teluk Pasu. Dan kali ini, parti Islam itu berharap untuk mengulangi sejarah lama itu.
Senjata utama PAS kali ini mungkin undi simpati. Para perayu undi parti itu akan pergi dari rumah ke rumah dengan kata-kata "pangkahlah dacing bagi mewujudkan pembangkang yang berkesan di DUN Terengganu". Mereka juga akan berhujah "Kerajaan BN tidak akan luak
kalaupun Kuala Berang diberikan kepada PAS".
Pujuk rayu inilah yang patut dibimbangi Umno. Kalau 800 daripada 1,695 pengundi yang membezakan antara Umno dan PAS dalam pilihanraya umum lalu, termakan pujuk rayu tersebut dan bersimpati dengan PAS, satu kejutan mungkin berlaku di Kuala Berang.
Seperkara lagi yang patut menakutkan Umno ialah trend jumlah keluar mengundi yang rendah dalam pilihanraya kecil. Seluruh negara tahu, ketika pilihanraua umum lalu, jumlah peratusan keluar mengundi di Terengganu cukup tinggi, melebihi 80 peratus. Ketika itu sebahagian besar anak Terengganu pulang ke kampung untuk menumbangkan PAS.
Anak tempatan
Bagaimana kalau kali ini mereka tidak pulang kerana terlalu yakin Umno akan menang atau berpendapat keputusan pilihanraya Kuala Berang tidak begitu kritikal lagi?
Dan tidak lupa juga, mungkin masalah dalaman Umno sendiri mungkin menjadi musuh dan cabaran paling besar dalam usaha mempertahankan kerusi Kuala Berang ini. Umno Terengganu perlu menangani dengan baik sebarang rasa tidak puas hati yang timbul dari pemilihan calon dan pemilihan Umno bahagian bulan lalu.
Walaupun Umno Hulu Terengganu yang diterajui Datuk Tengku Putera Tengku Awang nampak tenang, khabarnya di dasarnya masih banyak titik bengit yang perlu ditangani. Selain itu, faktor calon akan menjadi penentu terakhir.
PAS khabarnya hampir pasti mencalonkan bekas ahli Parlimen Hulu Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid. Parti itu yakin Setiausaha PAS kawasan Hulu Terengganu itu mampu melakukan kejutan kerana beliau merupakan anak tempatan dan disenangi penduduk setempat.
Dalam pilihanraya umum lalu walaupun beliau tewas dengan majoriti 7,760 undi bagi kerusi Parlimen Hulu Terenggnu, namun undi yang diraih dari peti undi di DUN Kuala Berang adalah besar. Muhyiddin hanya tewas 423 undi di situ.
Oleh itu, Umno perlu berhati-hati dalam soal pemilihan calon bagi menentang Muhyiddin. Tersilap pilih calon, peristiwa di pilihanraya kecil Anak Bukit di Kedah pada tahun 2002 akan berulang.
Kesimpulannya, walaupun dacing di Kuala Berang nampaknya lebih berat kepada Umno pada 28 Ogos ini, namun parti itu masih belum boleh tidur lena. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Pengundi Kuala Berang boleh menjadi berang dan berubah pendirian pada bila-bila masa!