Sokong cuti bersalin 14 minggu
'Ein AzmiPublished: May 11, 2001 7:15 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Kerajaan digesa menerima cadangan cuti bersalin yang baru selama 14 minggu berdasarkan keputusan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang diluluskan 15 Jun lalu.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini dilaporkan menyokong keputusan itu dan akan memohon kerajaan meminda Akta Pekerjaan supaya selaras dengan keputusan antarabangsa tersebut.
Dalam [#1]persidangan[/#] Khamis lalu, ILO juga meluluskan tempoh enam minggu cuti wajib selepas bersalin.
Menurut Presiden Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Irene Xavier, kerajaan diharapkan tidak bersikap berat sebelah selepas menerima cadangan badan antarabangsa itu.
"Agensi-agensi kerajaan perlu menjadi majikan pertama (melaksanakan cadangan itu) dan memastikan wanita tidak didiskriminasikan oleh para majikan," tegas Irene, apabila ditanya kemungkinan majikan enggan menerima wanita bekerja sekiranya dilaksanakan cadangan tersebut.
Sementara Ahli Jawatankuasa PAS, Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali menegaskan cadangan ini merupakan satu bentuk "pelaburan untuk jangka panjang."
Tugas wanita sebagai ibu mempunyai peranan besar ke arah pembangunan negara, katanya.
"Ramai yang bimbang pelaksanaan cadangan tersebut akan menyebabkan kerugian material tetapi membaiki masyarakat yang 'sakit' adalah lebih sukar," jelas Dr. Lo' Lo', sambil memberikan contoh beberapa penyakit sosial yang semakin berleluasa di negara ini sekarang.
Ketua Wanita Parti KeADILan Nasional, Fuziah Salleh menjelaskan hak-hak wanita itu perlu dilindungi melalui akta khusus.
"Negara Barat telah pun mempunyai akta perlindungan wanita. Malah di United Kingdom, wanita diberikan cuti rehat dalam tempoh masa yang agak panjang sehingga mereka bersedia untuk bekerja semula," jelas Fuziah.
"Majikan pula akan memberikan kursus-kursus tertentu bagi menyesuaikan semula pekerja wanita itu dalam suasana kerja semasa."
Katanya, masyarakat seharusnya bertanggungjawab dan menyokong tuntutan tersebut berdasarkan sumbangan penting wanita dalam sektor ekonomi negara.
Dalam persidangan ILO ke-88 di Geneva, cadangan cuti bersalin yang baru ini - daripada 12 minggu - mendapat sokongan 315 undi, dengan 108 berkecuali dan 16 membantah.
Idea baru ini dicadangkan selepas mengambil kira [#2]Konvensyen Perlindungan Materniti[/#] pada 1952 mempunyai skop yang sempit dan disokong oleh beberapa buah negara sahaja.
Semua wanita, termasuk yang bekerja dalam "sektor tidak rasmi," juga mendapat faedah yang sama. Cadangan ILO ini juga memberikan perlindungan kepada ibu dan anak yang tidak diperuntukkan dalam konvensyen 1952.
Bagaimanapun, menurut keputusan badan buruh itu, tempoh enam minggu cuti wajib selepas bersalin tertakluk pada perbincangan di peringkat kerajaan masing-masing bersama wakil kesatuan sekerja dan majikan.

View Comments0