Dapatkah Pas menebus malu di Kuala Berang?
Apabila keluar berita Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat diserang penyakit jantung, ada suara-suara nakal di Kelantan mengatakan pilihanraya kecil akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka. Mereka menjangkakan kerusi itu akan kosong kerana Tuan Guru Nik Aziz akan berundur di atas faktor kesihatan.
Namun lain yang dicongak nampaknya lain pula yang terjadi. Cempaka yang diisasarkan tiba-tiba DUN Kuala Berang di Terengganu pula yang dikosongkan. Wakil rakyat kerusi berkenaan, Komaruddin Abdul Rahman pula meninggal dunia secara mengejut kerana serangan jantung.
Tumpuanpun beralih dari Chempaka ke Kuala Berang. Pilihanraya kecil DUN Kuala Berang menjadi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac lalu. Pilihanraya raya kecil ini dijangka menarik perhatian seluruh rakyat kerana ia berlangsung di Terengganu, satu kawasan panas antara Umno dan Pas.
Umno pastinya mahu mempertahankan kerusi tersebut manakala Pas mahu menebus rasa kecewa dan malu pada pilihanraya umum lalu. Kedudukan di dalam DUN Terengganu sebelum kematian allahyarham Komaruddin ialah 28-4.
Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menetapkan bila hari penamaan calon dan hari mengundi, namun kedua-dua parti nampaknya telah mula turun padang. Persiapan telah diatur, kempen telah mula dijalankan. Pas yang masih belum pulih dari kejutan kekalahan pada bulan Mac lalu mahu menjadikan Kuala Berang medan untuk mengembalikan maruah dan semangatnya di Terengganu.
Khabarnya kemungkinan calonnya pada pilihanraya umum lalu, Dr Mamat Puteh akan dicalonkan sekali lagi.

Allahyarham Komaruddin menewaskan calon Pas itu dengan majoriti lebih seribu undi. Pada pilihanraya umum lalu, Kuala Berang mempunyai pengundi seramai 11,437 orang dengan 98.81 peratus pengundinya orang Melayu.
Pengundi hantu
Kekalahan teruk pada pilihanraya umum lalu amat mengecewakan Pas hingga Presidennya, Datuk Seri Haji Hadi Awang mengisytiharkan keputusan pilihanraya di Terengganu sebagai tidak sah kerana disertai pengundi hantu dan melanggar peraturan pilihanraya. Para pemimpin Pas Terengganu berpendapat jika tidak kerana pengundi hantu, mereka tidak akan mengalami kekalahan teruk.
Oleh itu Kuala Berang dianggap sebagai peluang terbaik untuk membuktikan kebenaran kata-kata para pemimpin Pas itu kerana keadaan semasa pilihanraya kecil lebih mudah dikawal dan dipantau.
Namun bagi Umno, Kuala Berang tidak sukar untuk dipertahankan. Mereka yakin kemenangan allahyarham Komaruddin dapat diulang kerana Hulu Terengganu khususnya Kuala Berang adalah kubu tradisi Umno. Pas hanya berjaya menguasai DUN itu pada pilihanraya 1999.
Tambahan pula allahyarham Komaruddin sepanjang tempoh perkhidmatannya telah meninggalkan rekod kerja yang baik.
Di samping itu faktor pembangunan juga diyakini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional/Umno untuk mempertahankan Kuala Berang. Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat kini memberikan tumpuan pembangunan kepada Terengganu. Hulu Terengganu tidak terkecuali malah akan menerima banyak projek-projek besar.
Projek lebuhraya
Antaranya termasuklah projek Lebuhraya Pantai Timur. Penyambungan projek itu merentasi Kuantan ke Besut akan melalui beberapa kawasan dalam kawasan parlimen berkenan.
Selain itu cadangan projek lapangan terbang baru Terengganu di Hulu Terengganu juga telah membuka selera dan mata penduduk setempat untuk meraih peluang-peluang ekonomi.
Di samping itu pengaruh ahli parlimen Hulu Terengganu, Tengku Putra Tengku Awang di kawasan itu sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan juga semakin kukuh. Oleh itu Umno yakin Kuala Berang adalah kawasan "putih" bagi mereka.
Namun apa yang pasti, persaingan sengit pasti berlaku di Kuala Berang. Semua pemimpin utama parti yang bertanding dijangka akan turun padang sebagaimana di dalam pilihanraya kecil lain sebelum ini. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak akan berulang alik ke sini. Dan pastinya Datuk Idris Jusoh serta ramai pemimpin Umno yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi akan berkampung di Kuala Berang.
Sambil menyelam minum air. Begitulah sambil berkempen untuk memeperthankan DUN Kuala Berang, calon-calon pucuk pimpinan tertinggi Umno itu akan cuba mempromosi diri kepada perwakilan dari Terengganu dan dari negeri-negeri lain yang turut membantu kempen di situ.
Para pemimpin pembangkang pula, khususnya Pas dan Parti Keadilan Rakyat akan menjadikan kempen di Kuala Berang pentas untuk menunjukkan kerjasama mereka masih kukuh. Haji Hadi pasti akan mengemudi kempen Pas. Bagaimanapun malang bagi parti itu kerana tidak dapat menggunakan pengaruh Tuan Guru Nik Aziz kali ini kerana beliau masih uzur dan perlu berehat.
DAP mungkin tidak akan turut serta kerana jumlah poengundi Cina di situ terlalu kecil 1.05 peratus sahaja.
Islam Hadhari
Dari segi isu, Umno akan terus dengan propaganda pembangunannya selain menjelaskan konsep Islam Hadharinya. Pas pula dijangka akan ketandusan isu kali ini. Tiada isu nasional yang boleh diketengahkan selain dari mempertikaikan konsep Islam Hadhari yang dipelopori oleh kerajaan.
Dari aspek pembangunan, kerajaan negeri nampaknya bersunggguh-sungguh mengotakan janji. Oleh itu Pas mungkin cuba meraih undi simpati dengan alasan untuk menambah wakilnya bagi mewujudkan pembangkang yang berkesan di DUN.
Dari segi majoriti di DUN, memang keputusan di Kuala Berang tidak akan memberi apa-apa kesan kerana kalaupun kalah, Umno akan terus berkuasa dengan majoriti dua pertiga. Namun dari segi kredibiliti dan maruah ia amat bermakna.
Kemenangan calon Umno akan menjadi pengiktirafan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Bagi Pas pula, kemenangan di Kuala berang amat diperlukan. Ia akan membuktikan bahawa parti itu belum mati di Terengganu. Ia bermakna, masih ada masa depan untuk Pas di negeri penyu bertelur itu.
Selepas "KO" dalam pilihanraya umum lalu, ramai pemerhati politik berpendapat kegemilangan Pas di Terengganu sudah menjadi sejarah.
Oleh itu Kuala Berang bukan sekadar satu pilihanraya kecil. Ia adalah pentas yang penting untuk Pas menebus kegagalan dan kecewaan. Namun ia adalah satu tugas yang sangat berat kerana majoriti pengundi Kuala Berang sudah jatuh cinta dengan Umno.
Dan bagi Umno pula, Kuala Berang akan menjadi tempat untuk menguburkan terus pengaruh Pas di negeri itu.
Dan bagi calon-calon pemimpin pucuk pimpinan Umno dalam pemilihan pada bulan depan, keputusan pilihanraya Kuala Berang tidak begitu penting bagi mereka kerana ia lebih dianggap sebagai distinasi untuk mengiklan diri masing-masing.