Benarkah Abdullah akan membiarkan Anwar lumpuh?
Doktor pakar telah menasihatkan Anwar Ibrahim supaya menjalani pembedahan dengan segera atau menghadapi risiko lumpuh. Namun, seawal tahun 2001 lagi, Anwar telah membuat pilihan untuk menjalani pembedahan endoskopik di Alpha Klinik Munich, Jerman. Beliau enggan dibedah di bawah pengendalian kerajaan kerana bimbang "ada perkara buruk yang boleh berlaku kepada beliau semasa dibedah."
Tidak sukar untuk memahami kenapa beliau tidak mempercayai pihak kerajaan, memandangkan beliau pernah dicederakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor semasa siasatan ke atas kesnya, dan yakin pula dirinya telah menjadi mangsa suatu konspirasi politik yang bertujuan untuk menyingkirkan/menghapuskannya.
Oleh itu, jaminan Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa kejayaan pembedahan itu adalah 99 peratus manakala tempoh diperlukan pula hanya 60 hingga 90 minit, tidak dapat membantu Anwar untuk mengatasi kebimbangannya itu. Ini kerana Anwar bukan tidak percaya kepada doktor pakar tempatan, tetapi tidak percaya kepada kerajaan yang memusuhinya.
Doktor pakar telah menasihatkan Anwar Ibrahim supaya menjalani pembedahan dengan segera atau menghadapi risiko lumpuh. Namun, seawal tahun 2001 lagi, Anwar telah membuat pilihan untuk menjalani pembedahan endoskopik di Alpha Klinik Munich, Jerman. Beliau enggan dibedah di bawah pengendalian kerajaan kerana bimbang "ada perkara buruk yang boleh berlaku kepada beliau semasa dibedah."
Tidak sukar untuk memahami kenapa beliau tidak mempercayai pihak kerajaan, memandangkan beliau pernah dicederakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Rahim Noor semasa siasatan ke atas kesnya, dan yakin pula dirinya telah menjadi mangsa suatu konspirasi politik yang bertujuan untuk menyingkirkan/menghapuskannya.
Oleh itu, jaminan Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa kejayaan pembedahan itu adalah 99 peratus manakala tempoh diperlukan pula hanya 60 hingga 90 minit, tidak dapat membantu Anwar untuk mengatasi kebimbangannya itu. Ini kerana Anwar bukan tidak percaya kepada doktor pakar tempatan, tetapi tidak percaya kepada kerajaan yang memusuhinya.
Dalam keadaan ini, keluarga Anwar tiada pilihan, melainkan terpaksa menyokong pendirian Anwar. Dan Parti Keadilan Rakyat juga terpaksa menghormati pendirian keluarga Anwar dan bertegas mahu mantan Timbalan Perdana Menteri itu dirawat di Munich, Jerman, sungguhpun mereka sudah amat memahami bahawa permohonan ini telahpun ditolak kerajaan sejak tahun 2001.
Maka pembedahan Anwar menjadi suatu dilema bagi Anwar, keluarga Anwar, Parti Keadilan dan juga kerajaan, yang hanya dapat diselesaikan jika berlakunya salah satu keadaan seperti berikut:
Pertama, kerajaan Barisan Nasional (BN), terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa pilihan untuk dirawat di Munich adalah hak Anwar, seperti yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam cadangannya agar kerajaan membenarkan Anwar mendapatkan rawatan pilihannya di Munich.
Bermula era baru
Kini adalah masa yang amat sesuai bagi Abdullah mengambil pendirian baru supaya mengasingkan dirinya daripada konfrontasi Mahathir-Anwar dan konspirasi politik menyingkir/menghapuskan Anwar, berikutan kemenangannya menerajui Umno tanpa bertanding, sebagai menandakan permulaan era Abdullah secara rasmi, manakala Tun Dr Mahahtir Mohamad juga telah lama bersara dan susut pengaruhnya.
Jika era Mahathir sering dikaitkan dengan kezaliman, terutamanya selepas tercetusnya konfrontasi Mahathir-Anwar, alangkah baiknya era Abdullah dapat dimulakan dengan manifestasi sifat peri kemanusiaan dengan membenarkan Anwar dirawat di Munich seperti pilihan beliau sendiri.
Kedua, tanggal 22 Julai ini adalah hari bersejarah, ia boleh merupakan " kemuncak 'Dark Justice'( Keadilan Syaitan) yang mesti disambut dengan penuh celaan dan cercaan sebagai manifestasi bahawa para pendokong keadilan dan kebenaran hakiki, selama-lamanya tidak akan tunduk kepada segala bentuk kezaliman"seperti yang dianggap Inderaloka.
Ia juga boleh merupakan titik tolak pemulihan kemerdekaan kehakiman, sekiranya mahkamah dapat terlepas daripada campurtangan dan cengkaman politik, dan membenarkan Anwar diikat jamin seperti yang lumrah dilakukan dalam kes-kes seumpama kes Anwar.
Ketiga, melalui pendekatan pejuang reformasi, seperti emosi dan tekad yang dimanifestasikan dalam tulisan-tulisan Mohd Zukri Aksah dan Cucu Mat Kilau.
Tanya Mohd Zukri Aksah dalam rencananya "Apakah Anwar perlu mati untuk membangkitkan perjuangan rakyat?": "Kenapa hak Anwar untuk keluar berubat ke Munich, Jerman terus dinafikan? Tiadakah sedikit belas ihsan dan rasa kemanusiaan untuk Anwar dari para pemimpin negara kita, pemimpin Umno dan Barisan Nasional, yang suatu ketika dahulu adalah sahabat-sahabat Anwar juga! Mengapakah Pak Lah terus menyepi diri?"
Dalam kekecewaan yang amat sangat, tambah beliau: "Kalaulah begiti keadaannya, kita perlu membuat sesuatu yang bising, bising sebising-bisingnya, sehingga kelangsingan bunyi bising itu mampu untuk menghilangkan pekak para pemimpin kerajaan, pemimpin Umno dan Barisan Nasional, juga pekaknya rakyat . Kebisingan yang sehingga mampu membuat semua berhenti, menoleh, melihat dan mendengar!"
Teruskan perjuangan
Cucu Mat Kilau, dalam "Antara perjuangan dan penderitaan", malah cuba menghidupkan semula semangat perjuangan reformasi yang meluap-luap, cuba baca:
"Cucu teringat antara kata-kata keramat Anwar dulu iaitu 'JIKA TIDAK BERANI BERHADAPAN DENGAN RISIKO USAH BICARA SOAL PERJUANGAN'. Mungkinkah risiko inilah yang diperkatakan dan harus ditanggung oleh Anwar?
"Bagaimana dengan diri kita? Sepatutnya kita berhenti membicarakan soal perjuangan buat seketika dan seharusnya memikirkan soal penderitaan Anwar! Kerana Anwarlah yang mencetus api perjuangan dan kebangkitan rakyat menentang kezaliman, penindasan dan ketidak-adilan yang berlaku di negara ini sejak dulu, kini dan selamnya.
"Selamatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ayuh! Bangunlah seluruh rakyat Malaysia pejuang Islam dan keadilan semua, bersama bersatu selamatkan Anwar. Jangan biarkan Anwar pergi meniggalkan kita tanpa pembelaan! Lawan Tetap Lawan! Teruskan Perjuangan!"
Dendang dan seruan perjuangan ini memang tidak asing bagi mereka yang pernah mengambil bahagian dalam perjuangan jalanan reformasi. Jika sesuatu kemalangan (umpamanya lumpuh) berlaku terhadap Anwar, tidak dapat dinafikan kemungkinan ia mencetuskan gelombang terbaru perjuangan jalanan reformasi seperti yang berlaku selepas Anwar dipecatkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu.
Sekarang, semua perhatian tertumpu kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, adakah beliau akan melepaskan suatu peluang keemasan untuk menandakan permulaan era pemerintahannya dengan sifat peri kemanusiaan? Atau Adakah beliau akan membiarkan Anwar lumpuh?
Moga-moga solat hajat beribu-ribu penyokong Anwar yang berdoa supaya dilembutkan hati-hati mereka yang berkuasa agar membenarkan Anwar menjalani pembedahan di Alpha Klinik, Jerman dan supaya beliau terus dibebaskan untuk kembali sebagai manusia merdeka, dapat dikabulkan!

