Selcat: Tiada pendengaran isu audit 'pampasan'
Diterbitkan: Jan 7, 2015 5:21 AM | Dikemas kini: Jan 7, 2015 5:47 AM
Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (Selcat) Selangor memutuskan tiada keperluan badan itu menjalankan pendengaran awam berhubung laporan audit pampasan bekas kakitangan menteri besar yang lalu.
Perkara berkenaan dinyatakan oleh Pengerusi Selcat Hannah Yeoh dalam satu kenyataan, selepas ahli jawatankuasa itu bermesyuarat kelmarin.
"(Ini) kerana siasatan audit yang menyeluruh telah dijalankan oleh Kerajaan negeri dan laporan audit tersebut telahpun dibentangkan di dalam Dewan Negeri Selangor dalam sidang Dewan November dan Disember 2014," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengarahkan bekas kakitangan Tan Sri Khalid Ibrahim mengembalikan pampasan yang diterima kerana tidak mematuhi tatacara dan peraturan kewangan berhubung syarat dan kontrak penggajian mereka.
Bagaimanapun mantan ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) Faekah Husin pula mendakwa laporan audit berhubung pampasan RM2.6 juta itu adalah cacat, dilakukan secara tidak profesional dan berniat jahat.
Bagaimanapun, Hannah berkata pihaknya akan mengadakan pendengaran berhubung keberkesanan perlaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) di negeri itu.
ADUN Subang Jaya berkata langkah itu dibuat ekoran rungutan bahawa enakmen tersebut tidak berkesan di kebanyakan jabatan kerajaan negeri.
"SELCAT memandang serius terhadap isu akses maklumat kepada orang awam," katanya.
SELCAT akan mengadakan pendengaran awam pada 27 Januari ini untuk menyiasat keberkesanan perlaksanaan enakmen berkenaan.