Status 'bandaraya' jana transformasi PP
BernamaDiterbitkan: Jan 1, 2015 3:42 AM | Dikemas kini: Jan 1, 2015 3:45 AM
Pengiktirafan Pulau Pinang sebagai bandaraya baru-baru ini akan menjadi penggerak untuk menjana transformasi menjadi negeri pintar dan bertaraf antarabangsa berteraskan inovasi, kreativiti dan ilmu pengetahuan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata untuk menjayakan usaha ini, negeri ini harus memiliki modal insan yang terlatih, berteknologi tinggi dan toleransi kepada semua idea baru secara bebas dan terbuka.
"Ketiga-tiga teras itu akan membolehkan Pulau Pinang melepaskan diri daripada peringkat berpendapatan pertengahan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya selepas merasmikan acara City Walk 2015 sempena sambutan City Day 2015, di George Town hari ini.
Pada 17 Dis lepas, Pulau Pinang diiktiraf sebagai bandar raya selepas kabinet meluluskan permohonan itu dan menerima surat daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Lim berkata kelulusan itu memenuhi dan mengulangi sejarah ulung George Town sebagai bandar raya pertama yang dianugerahkan oleh Ratu Elizabeth II pada 1 Jan, 1957.
City Walk 2015, acara berjalan kaki sejauh lima kilometer yang dianjurkan buat kali ketiga itu mendapat sambutan yang disertai 10,000 peserta bagi menggalakkan cara hidup sihat dan mengeratkan hubungan masyarakat.
- Bernama