TPM: Tak perlu bimbang tentang bekalan
Zulaikha ZulkifliDiterbitkan: Dec 30, 2014 4:20 AM | Dikemas kini: Dec 30, 2014 8:33 AM
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mangsa banjir tidak perlu bimbang tentang bekalan asas seperti makanan dan ubatan kerana ia akan diagihkan di semua tempat.
Beliau berkata, walaupun berdepan dengan kekangan aset pengangkutan untuk tujuan penghantaran, namun kerajaan telah mengerahkan semua tenaga bagi memastikan barangan keperluan dapat diagihkan.
"Kita dah gembleng semua daripada kargo AirAsia, kargo MAS, Malindo Air, Firefly dan aset yang dimiliki ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
"Jadi saya yakin dengan operasi (penghantaran) Ops Murni yang berjalan ini, mereka yang terlibat sebagai mangsa banjir tak harus rasa bimbang.
"Tapi bagi saya setakat hari ini bekalan yang kita terima cukup baik dan saya ucap terima kasih pada seluruh rakyat Malaysia yang tampil ke depan dengan sikap murah hati membantu ratusan ribu mangsa banjir di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke pusat pengumpulan bantuan banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Selain itu, Muhyiddin berkata lagi, selepas bekalan tiba di negeri yang terlibat krisis banjir, ia akan diagihkan ke pusat pemindahan mangsa banjir.
Buat masa ini, katanya lagi, bekalan utama yang akan dihantar ialah makanan dan bahan ubatan.
"Pakaian yang disumbangkan akan dihantar selepas banjir bertambah baik. Yang diutamakan, ialah makanan ubatan yang diperlukan oleh hospital. Itu yang telah kita hantar," katanya lagi.