Pemilihan Umno: Gurkha mahu jadi Presiden!
Macam-macam ada.! Begitulah senarionya di dalam Umno ketika musim pemilihan ini. Ada yang ghairah mahu merebut kedudukan. Ada juga yang takut kehilangan jawatan dan ada juga yang tidak sedar diri, masih merebut jawatan walaupun telah disisihkan oleh ahli-ahli di akar umbi.
Dan yang paling ramai ialah tukang-tukang kipas yang mengambil kesempatan daripada pesta demokrasi bersyarat Umno ini. Tukang kempen, kaki bodek, penyokong kuat atau apa sahaja nama yang diberikan kepada mereka, inilah masanya untuk " pulun" segala habuan dan peluang yang disediakan oleh calon-calon yang mereka sokong.
Mereka berkerja siang dan malam untuk memenangkan calon masing-masing samaada di peringkat cawangan, bahagian atau di perhimpunan agung. Sokongan mereka tidak berbelah bagi selagi calon mereka belum kalah. Namun di celah-celah kesetiaan dan keghairahan berkempen itu, tidak kurang juga ada yang menjadi "sokong membawa rebah".
Itulah menariknya pemilihan Umno, penuh warna warni, suka duka dan cerita-cerita belakang tabir dan insiden bawah meja. Setelah tamat minggu pertama pemilihan di peringkat bahagian, kita telah dapat saksikan pelbagai kejadian dan drama. Pelbagai kerenah, pendapat dan keputusan telah ditunjukkan. Ada yang mengejutkan dan ada yang sudah dijangkakan.
Macam-macam ada.! Begitulah senarionya di dalam Umno ketika musim pemilihan ini. Ada yang ghairah mahu merebut kedudukan. Ada juga yang takut kehilangan jawatan dan ada juga yang tidak sedar diri, masih merebut jawatan walaupun telah disisihkan oleh ahli-ahli di akar umbi.
Dan yang paling ramai ialah tukang-tukang kipas yang mengambil kesempatan daripada pesta demokrasi bersyarat Umno ini. Tukang kempen, kaki bodek, penyokong kuat atau apa sahaja nama yang diberikan kepada mereka, inilah masanya untuk " pulun" segala habuan dan peluang yang disediakan oleh calon-calon yang mereka sokong.
Mereka berkerja siang dan malam untuk memenangkan calon masing-masing samaada di peringkat cawangan, bahagian atau di perhimpunan agung. Sokongan mereka tidak berbelah bagi selagi calon mereka belum kalah. Namun di celah-celah kesetiaan dan keghairahan berkempen itu, tidak kurang juga ada yang menjadi "sokong membawa rebah".
Itulah menariknya pemilihan Umno, penuh warna warni, suka duka dan cerita-cerita belakang tabir dan insiden bawah meja. Setelah tamat minggu pertama pemilihan di peringkat bahagian, kita telah dapat saksikan pelbagai kejadian dan drama. Pelbagai kerenah, pendapat dan keputusan telah ditunjukkan. Ada yang mengejutkan dan ada yang sudah dijangkakan.
Antara nama dan insiden yang paling diingati dan mengejutkan ialah kejayaan Khairy Jamaluddin meraih sokongan besar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda. Menantu Perdana Menteri itu akhirnya akur pada kehendak akar umbi untuk bertanding walaupun pada awalnya beliau keberatan.
Kemungkinan besar beliau akan menang tanpa bertanding kerana diberi laluan oleh tokoh-tokoh Pemuda lain. Pertandingan di periungkat Naib Ketua Pemuda ini akan menjadi lebih menarik kalau Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan yang secukupnya.
Khairy lawan Mukhriz
Namun kemungkinan menantu Perdana Menteri berentap dengan anak bekas Perdana Menteri itu tidak mungkin berlaku. Khairy telah mendapat 121 pencalonan daripada 130 pergerakan Pemuda yang telah bersidang. Manakala Mukhriz hanya mendapat 6 pencalonan. Hanya tinggal 60 bahagian Pemuda yang belum bersidang.
Jumlah pencalonan yang diperoleh oleh Mukhriz itu sebenarnya mengejut banyak pihak kerana beliau sebelum ini tidak tersenarai sebagai pihak yang berminat terhadap jawatan berkenaan. Lebih-lebih lagi setelah beliau tewas dalam pertarungan merebut jawatan ketua Pemuda di Kubang Pasu.
Dalam senario yang begini ada pemerhati Umno berpendapat bahawa terdapat ahli-ahli Pemuda Umno yang memprotes sikap tokoh-tokoh Pemuda yang memberi laluan mudah kepada Khairy. Lalu mereka mencalonkan Mukhriz dengan harapan anak Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pencalonan secukupnya dan sudi menentang Khairy.
Satu lagi perkembangan yang menarik ialah pengumuman Ketua Penaja Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) hasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno telah mengejut seluruh ahli-ahli Umno. Sebelum ini semua orang menjangka Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) tidak akan dicabar.
Namun setakat ini hasrat Ku Li nampaknya akan tinggal sebagai angan-angan kosong sahaja kerana belum ada bahagian yang sudi dan berani untuk mencalonkan beliau.
Kejutan Dr Siti Zaharah
Selain kejutan dari Ku Li, bekas ketua Wanita Umno, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman juga nampaknya masih berselera untuk memimpin pergerakan itu. Beliau telah menyatakan kesediaaannya untuk mencabar Datuk Seri Rafidah Aziz (Mak Dah) sekali lagi.
Setakat ini beliau telah memperoleh 5 pencalonan. Mampukah Dr Siti Zaharah meraih kuota yang secukupnya untuk melayakkan diri bertanding?
Berdasarkan perkembangan semasa, rasanya beliau kemungkinan besar akan kempunan kerana Wanita Umno di seluruh negara kecuali di Pahang telah menyatakan sokongan padu kepada Mak Dah. Mak Dah boleh tidur lena kali ini!
Beberapa kejutan juga disaksikan dalam pencalonan Naib-Presiden. Penyandang jawatan, Tan Seri Muhyiddin Yassin seperti yang dijangkakan muncul sebagai calon "favorite". Beliau mendahului dengan 57 pencalonan. Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rusram memberikan kejutan apabila berada di belakang Muhyiddin dengan 39 pencalonan.Mohd Ali mengatasi penyandang jawatan, Tan Sri Muhammmad Mohd Taib yang hanya mendapat 35 pencalonan.
Prestasi Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed juga mengejutkan apabila berjaya meraih 21 pencalonan.
Kegagalan Datuk Seri Syed Hamid Albar (8 pencalonan) untuk muncul sebagai salah seorang calon popular agak mengejutkan kerana beliau adalah antara menteri Umno "high profile" kebelakangan ini.
Mustapa pasti melayakkan diri untuk bertanding apabila mesyuarat bahagian bersambung pada hujung minggu ini.
Begitu juga dengan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Samad. Keengganan bahagian-bahagian Umno mencalonkan beliau agak menghampakan kerana Shahrir sebelum ini diramal akan menggantikan tempat "Mike Tyson" sebagai "calon bebas" dalam saf Naib Presiden.
Namun setakat ini beliau baru mendapat 4 pencalonan memerlukan 16 lagi bagi melayakkan diri untuk bertanding.
Nama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman muncul secara tiba-tiba apabila bahagian-bahagian Umno di Johor mencalonkannya. Beliau tidak dilihat sebagai calon yang serius kerana tidak menyatakan secara terbuka hasratnya untuk bertanding.
Calon-calon seperti Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob, Tan Seri Isa Samad dan ketua Umno bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim sudah dari awal lagi sekadar untuk memeriahkan pertandingan sahaja. Mereka ini sepatutnya mengukur baju di badan sendiri.
Saingan di Kota Tinggi
Ahli-ahli Umno tahu persaingan sebenar bagi jawatan nombor tiga dalam Umno itu sekarang ialah antara Muhyiddin, Mohd Ali, Mustapa dan Mike Tyson. Shahrir mungkin memberikan kejutan andainya beliau berjaya mendapat kuota secukupnya.
Muhyidin dan Mohd Ali berpotensi besar untuk menang. Mustapa dirasakan mempunyai kelebihan untuk mengatasi "Mike Tyson" walaupun jumlah pencalonannya ketika
ini lebih kecil.
Satu lagi perkara menarik pada pemilihan minggu lalu ialah pertandingan sengit bagi merebut jawatan ketua bahagian Kota Tinggi. Penyandangnya, Syed Hamid diberi saingan hebat oleh pencabarnya, Roseli Johari. Menteri Luar kita itu hanya menang dengan majoriti 31 undi. Satu kemenangan yang memalukan bagi seorang menteri kabinet.
Namun secara umumnya, pihak yang benar-benar menunjukkan kematangan dalam musim pemilihan kali ini ialah Puteri Umno. Walaupun pertama kali menjalani proses demokrasi itu, pergerakan yang dianggap "budak mentah" oleh Wanita Umno itu membuktikan mereka lebih matang, berani dan demokratik daripada "makcik-makcik, pakcik-pakcik dan abang-abang dalam Wanita, Pemuda dan Umno induk".
Persaingan sengit yang terbuka berlaku di semua peringkat cawangan bahagian dan induk. Ahli-ahli Puteri benar-benar menjiwai sikap dan semangat lantang, kental dan berani seperti ketua pertama mereka, Datuk Azalina Othman Said.
Gurkha selama lamanya
Wanita, Pemuda dan Umno yang mengamalkan demokrasi bersyarat sepatutnya berasa malu dengan puteri-puteri yang berumur setahun jagung itu. Para pemimpin Umno yang melatah apabila mendengar hasrat Ku Li untuk mengisi kekosongan jawatan Presiden parti sepatutnya belajar erti demokrasi dari anggota-anggota Puteri.
Ahli dan pemimpin Umno yang dihinggapi sindrom "beri laluan" wajar menilai samaada pertandingan dalam Puteri memecah belahkan pergerakan itu atau tidak.
Itulah cantiknya perhimpunan Umno kali ini. Walaupun dibelenggu dengan pelbagai peraturan dan syarat, namun masih kaya dengan kejutan dan debaran. Dan bagi mereka yang bercita-cita tinggi, masih ada dua minggu lagi sehingga 22 Julai ini untuk merayu dan berkempen mendapatkan pencalonan bagi memenuhi kuota. Oleh itu berkerja keraslah tanpa menggunakan politik wang!
Namun suatu yang pasti, laluan bagi Ku Li untuk memenuhi cita-citanya menjadi Presiden Umno adalah terlalu sukar. Dulu kini dan selamanya, Ku Li hanya layak menjadi "gurkha".

