Ahli PKR yang digantung Badrul Hisham Shaharin hari ini mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyokong tindakan istana untuk membatalkan gelaran "datuk seri' yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Beliau berkata, ini kerana Azmin adalah ahli Dewan Diraja Selangor yang membuat keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu.
 
"Baginda membuat keputusan secara demokrasi, baginda membawanya kepada Dewan Diraja Selangor dan ia telah memutuskannya sebulat suara.
 
"Siapakah ahli dewan itu? ... Orang yang duduk di sebelah sultan adalah Azmin Ali selaku menteri besar," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar ketika dihubungi berkata enggan mengulas berhubung dakwaan itu hari ini.