'Hapuskan pegangan tempatan dalam FDI'
Diterbitkan: Dec 3, 2014 11:28 AM | Dikemas kini: Dec 3, 2014 11:30 AM
Datuk Bandar London Boris Johnson mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghapuskan dasar yang memerlukan syarikat perkhidmatan asing mendapatkan rakyat kongsi tempatan.
“Saya cadangkan lebih banyak perkara dilakukan Malaysia, bahawa syarikat perkhidmatan (asing) ditubuhkan secara langsung sesebuah negara dan tidak perlu mendapatkan rakan kongsi tempatan.
“Dengan rendah dirinya saya cadangkan kamu pertimbangkan perkara ini,” katanya dalam majlis ucapan Khazanah Global malam tadi.
Beliau dalam rangka lawatan tiga hari ke Kuala Lumpur.
Najib dan isterinya Rosmah Mansor, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultanah Zara Salim turut hadir.

