Pencetak 'Harakah' didenda RM4,000
'Ein AzmiPublished: May 10, 2001 5:32 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Pemilik syarikat yang mencetak Harakah, Chea Lim Thye pagi ini mengaku bersalah menerbitkan bahan cetak berunsur hasutan dan dikenakan denda RM4,000. Beliau didakwa bersama pengarang akhbar itu, Zulkifli Sulong di bawah Akta Hasutan pada Januari lalu ekoran satu rencana yang ditulis oleh Timbalan Presiden Parti KeADILan Nasional, Dr Chandra Muzaffar.
Zulkifli bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraannya ditangguhkan Khamis ini.
Selepas mahkamah membacakan pertuduhan, Chea yang berdiri di sebelah Zulkifli dalam kandang orang kena tuduh membuat pengakuan.
Tindakan pencetak itu menimbulkan kejutan kepada peguam bela Zulkifli yang mendakwa "kami tidak diberitahu Chea akan mengaku bersalah."
"Kita terpaksa menyiapkan representasi yang baru memandangkan keputusan hari ini akan turut menjejaskan anak guam saya," kata peguam yang mewakili pengarang itu, Zamani Ibrahim, kepada malaysiakini di luar mahkamah.
Selain itu, Zamani juga memohon mahkamah supaya kes perbicaraan anak guamnya ditangguhkan kerana kelewatan pihak Jabatan Peguam Negara menyerahkan beberapa dokumen penting - laporan polis dan percakapan beramaran - kepada pihaknya.
Pihak pendakwa turut mengakui menerima dokumen tersebut pada Jumaat lepas dan hanya menyerahkannya kepada pihak mahkamah pagi ini.
Chea dan Zulkifli dituduh di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 ekoran satu rencana bertajuk "Liputan Pengakuan Sukma Hina dan Jahat - Dr. Chandra" yang diterbitkan pada 2 Ogos tahun lalu.
Mereka didakwa menurut satu laporan di Balai Polis Sentul bernombor 11220/99 yang dibuat oleh seorang anggota Jawatankuasa Petugas Menangani Fitnah Majlis Tertinggi Umno, Mohd Tajudin bin Tambi Abdul Wahid mengenai rencana berkenaan.
Rencana yang disiarkan pada halaman 40 itu antara kandungannya, "Adalah memalukan bahawa elemen-elemen dalam pasukan polis, Jabatan Peguam Negara, mahkamah dan media bersedia diperalatkan dalam konspirasi terbesar yang dirancang oleh Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan konco-konconya, ujar beliau".
Jika Zulkifli didapati bersalah, mahkamah boleh menggantungkan penerbitan Harakah selama setahun dan beliau tidak dibenarkan memegang jawatan yang sama dalam tempoh tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Parti KeADILan Nasional, Marina Yusoff hari ini dibicarakan atas akta yang sama berhubung kenyataannya mendakwa polis terlibat dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

View Comments0