MB: Usaha pulangkan Bible bukan mudah
Alyaa AzharDiterbitkan: Nov 15, 2014 1:17 PM | Dikemas kini: Nov 15, 2014 7:43 PM
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata usaha untuk memulangkan semula naskhah Bible yang dirampas oleh pihak berkuasa agama negeri bukan satu tugas mudah.
Beliau juga meminta semua pihak menghargai proses yang perlu dilalui untuk memulangkan kembali naskhah berkenaan.
"Kita perlu insafi bahawa ia bukan satu tugas mudah.
"(Bagaimanapun), kita mesti berani buat keputusan sukar,” katanya lagi kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas satu majlis penyerahan kunci kepada pemilik rumah pangsa PKNS dalam program Selangorku Idaman.

