PAS S'gor jauhkan diri dari MP pro-SIS
Diterbitkan: Nov 7, 2014 11:00 AM | Dikemas kini: Nov 7, 2014 11:07 AM
PAS Selangor menjauhkan diri daripada beberapa ahli Parlimen parti itu yang tampil mempertahankan Sisters in Islam (SIS) selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor melabelkan NGO itu sebagai 'sesat dan menyeleweng''.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, tindakan mereka mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Selangor.
"Sehubungan itu, laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa
Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar.
"Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam," kata Iskandar (kiri).
Menurutnya lagi, tindakan ahli Parlimen PAS berkenaan dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun "kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu".
"Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.
"Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS pusat untuk tindakan selanjutnya," tambahnya.
Semalam, sekumpulan ahli parlimen PAS yang diketuai oleh MP Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengadakan sesi dialog dengan SIS, yang dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.
SIS telah memfailkan semakan kehakiman terhadap jawatankuasa fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan negeri Selangor berhubung fatwa yang melabel NGO itu sebagai "sesat dan menyeleweng" dari ajaran Islam.
Fatwa yang diwartakan di Selangor pada 24 Julai itu menyatakan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan memetik NGO itu sebagai contoh.